Drama Cinta Selawat lakonan Azzahra dan Keith Foo

Azzahra

Azzahra baru saja tampil menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz dan tidak lama lagi, beliau akan muncul pula dengan drama Cinta Selawat. Berlakon di sisi Keith Foo, ia peluang pertama buat Azzahra memegang watak utama. Drama berkenaan diarahkan oleh Shuhaimi Lua.

Pendekatan penerbit yang mengikut 'trend' mewujudkan lebih banyak watak bertudung membolehkan bakat baharu, Azzahra Ahmad, sama-sama menonjolkan bakat beliau. Azzahra berkata, sepanjang setahun bergelar pelakon, beliau masih berusaha menghadiri pelbagai uji bakat untuk dikenali di kalangan penerbit.

"Saya akan sertai apa-apa sahaja uji bakat yang ada. Alhamdulillah, saya diberi juga peluang untuk berlakon, walaupun watak kecil. Paling penting penerbit menyedari bakat saya. "Apatah lagi watak bertudung menjadi 'trend', jadi saya mengambil setiap peluang yang ada, sekali gus dapat mengasah bakat saya juga.

"Kalau dulu, susah juga nak dapat watak. Walaupun penerbit atau produksi menyukai bakat saya, namun disebabkan imej bertudung, mereka terpaksa ambil pelakon lain," katanya kepada BH Online.

Sementara itu, Azzahra berkata, perjalanannya masih jauh dalam usaha mengukir nama sebagai pelakon yang baik. Perkara itu membuatkan beliau tidak henti-henti mengasah bakat, selain mendapatkan tunjuk ajar daripada pelakon lebih berpengalaman di lokasi. "Bukan senang nak jadi yang terbaik. Sudah alang-alang minat dalam seni lakonan, semestinya saya akan buat yang terbaik. "Yang penting, jaga diri, usaha dan yakin pada rezeki yang diterima," katanya.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment