Atikah Suhaime akan saman

Atikah

"Salam. Saya masih di Singapura. Saya akan ambil tindakan selepas balik ke Malaysia. Terima kasih sentiasa sokong," jawabnya kepada peminat berkenaan.

Pelakon Atikah Suhaime, 25, menyuarakan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang susulan penyebaran gambar bogel yang didakwa miliknya bersama pelakon Idris Khan, 28.

Perkara itu dinyatakan pelakon kelahiran Singapura ini apabila ada peminat menyarankan dia untuk membuat laporan polis dalam ruangan komen di laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun, pelakon Highland Tower itu tidak mahu mengulas lanjut mengenai kontroversi berkenaan ketika dihubungi Harian Metro menerusi aplikasi WhatsApp.

"Saya tengah belanja raya dengan mak saya," jawabnya ringkas.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan daripada Idris pula masih tidak berbalas.

Semalam, penyebaran beberapa keping gambar bogel yang memaparkan dua pelakon berkenaan hangat diperkatakan selepas ia tersebar di laman sesawang.

Tahun lalu kedua-dua mereka menafikan mengenai perkara itu yang turut mengaitkan pelakon Ammar Alfian dengan foto itu. - HMetro
Previous
Next Post »
Thanks for your comment