Telefilem Isteri Separuh Masa Raya

Isteri Separuh Masa Raya

Isteri Separuh Masa kembali menemui penonton untuk sambutan hari raya nanti. Saksikan gelagat Nazrin Shah dan Medina Izwani bersama keluarga merayakan Aidilfitri. Bersiaran pada 3 Syawal (19 Julai) pukul 10.00 pagi tayangan serentak di Astro Ria & Ria HD.

JUDUL : ISTERI SEPARUH MASA RAYA
TARIKH / MASA : Raya Ketiga (19 Julai 2015, 10 pagi)
PENGARAH : Micheal Ang
SIARAN : Astro Ria & Ria HD
PELAKON : Aiman Hakim Ridza, Emma Maembong, Sharifah Shahora, Normah Damanhuri, Lia Natalia, Natasha Elyzza,

SINOPSIS ISTERI SEPARUH MASA RAYA
Kerana terlalu selesa dengan layanan Nazrin Shah, Medina mengabaikan tanggungjawabnya terhadap Nazrin & Anaknya. Dia juga tidak menjaga diri kerana baginya Nazrin tidak mungkin berpaling arah. Namun kerana terpengaruh dengan kawan-kawannya dia mula mengesyaki Nazrin, lebih-lebih lagi setelah kepulangan semual Zita yang bekerja bersama dengan Nazrin Shah.


Previous
Next Post »
Thanks for your comment