TONTON VIDEO : Pemilik Restoran Berlakon Kena 'Sampuk'


Kuala Terengganu: Seorang pemilik sebuah restoran dikatakan telah berpura-pura terkena sampuk atau histeria selepas premisnya diserbua oleh pihak Imigresen kerana mengupan pekerja asing tanpa permit. Memetik laporan SuaraTv, wanita berumur lingkungan 50an itu mula menunjukkan reaksi 'terkena' sampuk berkenaan selepas salah seorang pekerjanya, warganegara Thailand, ditahan pihak imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Pada mulanya dia dilihat gelisah semasa anggota penguatkuasa melakukan pemeriksaan ke atas semua pekerjanya. Keadaan menjadi kecoh seketika apabila wanita itu tiba-tiba jatuh dan terus meracau sebelum dapat ditenangkan 15 minit kemudian. Hasil pemeriksaan terhadap kesemua pekerja warga asing yang bekerja restoran berkenaan ternyata mereka ini hanya menggunakan pas perjalanan sosial.

Operasi yang bermula pukul 10 malam tadi diketuai Ketua Bahagian Peguatkuasa Imigresen Terengganu, Ahmad Salihin Salleh dengan kekuatan 15 anggota. Ahmad Shalihin Salleh berkata ketiga-tiga wanita berusia antara 30 dan 40 tahun itu dikesan melakukan kesalahan mengikut Akta Peraturan Imigresen 39 (b) kerana melanggar syarat permit dan pas kerja. Menurut Ahmad, operasi yang bermula kira-kira jam 9:00 malam dan berakhir jam 2:00 pagi itu, pihaknya telah menyerbu empat lokasi membabitkan kedai makan dan rumah kongsi di tapak pembinaan.

�Sepanjang operasi itu kita telah menahan tiga wanita, 16 lelaki warga Myanmar dan seorang lelaki warga Bangladesh berumur antara 18 dan 52 tahun kerana melakukan pelbagai kesalahan Imigresen,� katanya dipetik SuaraTv. Menurut Ahmad Shalihin, pihaknya juga turut mengeluarkan dua Borang 29 (Saman Saksi) masing-masing kepada seorang warga tempatan dan lelaki warga Bangladesh supaya hadir ke bahagian penguatkuasa bagi membantu siasatan.Jelasnya kesemua PATI itu disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah. Operasi tujuh jam membabitkan 14 pegawai dan anggota, telah melakukan pemeriksaan ke atas 52 orang. Beliau berkata mereka yang ditahan telah dibawa ke Depoh Tahanan Sementara Imigresen di Ajil untuk tindakan lanjut. - Siakapkeli.my

Previous
Next Post »
Thanks for your comment