Drama Bukan Isteri Sempurna (TV3)

Bukan Isteri Sempurna

Sebuah lagi drama adaptasi novel bertajuk Bukan Isteri Sempurna karya Tulip Ungu akan ditayangkan untuk slot Samarinda TV3. Diarahkan oleh Azmi Hatta terbitan A.Aida Production. Pelakon utama gandingan Dazrin Kamaruddin dan Atikah Suhaime. Saksikan drama ini bermula 3 September, bersiaran setiap Selasa hingga Khamis jam 10 malam di TV3.

JUDUL : BUKAN ISTERI SEMPURNA
EPISOD : -
TARIKH : Mulai 3 September 2015 (Selasa-Khamis, 10.00 malam)
SIARAN : Slot Samarinda TV3
NOVELIS : Tulip Ungu
PENGARAH : Azmi Hatta
TERBITAN : A.Aida Production / Kaki Novel
PELAKON : Atiqah Suhaime, Dazrin Kamaruddin, Mimi Ernida, Aleza Shadan, Arash Mohd, Khatijah Tan, Zulkifli Ismail, Afzan Rahman, Keena Wahab, Khatijah Tan, Aishah Atan, Anne Arifin, Leez Rosli, Rasheed Ahmad, Ain Shaari, Mazlan Mokhtar, Jaafar Hassan, Zulkifli Saleh 

WATAK PELAKON
Atikah Suhaime sebagai Nina
Dazrin Kamaruddin sebagai Danish Arham / Daniel Arman
Arash Mohamad sebagai Datuk Zainuddin
Aleza Shadan sebagai Datin Rogayah
Mimi Ernida sebagai Azura
Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Malek
Afzan A. Rahman sebagai Zachery
Keena Wahab sebagai Zara
Khatijah Tan sebagai Salamah
Aishah Atan sebagai Mak Su Zana
Anne Arifin sebagai Sofea
Leez Rosli sebagai Rinsha
Rasheed Ahmad sebagai Fiqri
Ain Shaari sebagai Ayu
Mazlan Mokhtar sebagai PI
Jaafar Hassan sebagai Alias
Zulkifli Saleh sebagai En Khairy

LAGU TEMA / OST BUKAN ISTERI SEMPURNA
Lagu : Bukan Isteri Sempurna 
Artis : Mila Jirin
Lagu : Eddie Hamid 
Lirik : A.Aida
Terbitan : Nova Music
Link : https://youtu.be/wZQWrrjaPss

SINOPSIS BUKAN ISTERI SEMPURNA
Berkisar kepada kehidupan seorang adik lelaki yang sering terpaksa mengorbankan kepentingan dirinya demi menjaga maruah keluarga dengan memikul tanggungjawab onar yang dilakukan oleh abang kembarnya yang telah mennodai anak perempuan pembantu rumah mereka.

Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman,anak Datuk Zainuddin. Demi menjaga maruah keluarganya,Datuk Zainuddin sanggup melindungi Danish Arham dengan menghantarnya ke London dan anak sulungnya, Daniel Arman pula terpaksa bekorban mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang angkuh dan sentiasa bersangka buruk terhadap Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya sehingga Nina melarikan diri.

Lima tahun kemudian dengan tidak sangka-sangka Nina bertemu semula dengan suaminya, Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman. Nina semakin tertekan bila dia telah dipinjamkan oleh bosnya, Zachary kepada Danish Arman sebagai pembantu peribadinya buat sementara waktu.

Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.

Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.

GAMBAR PELAKON

Adaptasi novel Bukan Isteri Sempurna 
Pelakon utama Dazrin Kamaruddin dan Atiqah Suhaime 
Danish Arham dan Nina 
BukanIsteriSempurna
gambar kahwin
Bukan Isteri Sempurna tv3
Gambar pelakon
BukanIsteriSempurna
Gambar pelakon 2
Bukan Isteri Sempurna drama tv3
Krew dan pelaakon Bukan Isteri Sempurna

Previous
Next Post »
Thanks for your comment