Ellie Guru Seni Persembahan Akademi
�Saya akan arahkan satu telefilem berjudul Transit Terakhir. Selain itu, saya juga akan sibuk dengan kertas kerja untuk membawa karya syarikat saya ke stesen TV.
�Saya boleh menjadi terlalu baik dan terlalu garang,� kata pengarah dan pelakon terkenal, Ellie Suriati Omar mengenai dirinya yang kini diberi tanggungjawab sebagai tenaga pengajar program realiti Akademi Fantasia 2016 (AF2016).
Ellie yang menjadi guru seni persembahan dalam program realiti popular itu berkata, dia juga akan menjadi diri sendiri dalam memberi didikan kepada semua pelajar.
�Saya berbincang dengan seorang tenaga pengajar iaitu Mas Idayu dan kami akan menjadi diri sendiri. Namun, jika ada permintaan daripada penerbit, kami akan pertimbangkan kerana tentunya ada elemen yang ingin disuntik dalam program ini,� katanya.
Ditanya pendapatnya mengenai peserta AF2016 tahun ini, Ellie yakin setiap daripada mereka ada kelebihan masing-masing.
�Semuanya ada bakat dan mempunyai identiti sendiri. Menarik sekali kerana saya melihat perkembangan mereka dari awal iaitu pada sesi uji bakat dan akan diteruskan sehingga ke peringkat seterusnya.
�Banyak proses yang mereka dan kami sendiri sebagai tenaga pengajar lalui. Kalau tidak banyak proses, apalah guna sesuatu pelajaran itu kan?� katanya.
Ellie berkata, selepas tamat AF2016 nanti, dia akan kembali sibuk dengan kerjaya seninya dan pada masa sama mengendalikan syarikatnya, Timang Tinggi Pictures.
�Saya teringin menghasilkan filem rencana yang berlatarkan 1940-an. Namun, filem sebegitu memerlukan kajian yang secukupnya.
�Saya juga akan mengarah filem baru tapi bukan tahun ini. Saya perlu membuat kajian terperinci terlebih dahulu,� katanya.
Menurut pengarah filem Penanggal ini, dia juga mempunyai satu lagi filem seram dalam koleksinya, namun semuanya masih dalam proses perbincangan.
Dalam pada itu, Ellie juga meluahkan hasratnya untuk menghasilkan drama atau telefilem bergenre ringan, namun sering terpesong daripada niat asalnya.
�Saya pernah berkata kepada diri sendiri, kalau ada tawaran untuk mengarah sesuatu karya, saya nak cuba hasilkan naskhah yang ringan. Namun, apa yang berlaku sebaliknya.
�Karya yang saya hasilkan akan tetap terarah kepada jalan cerita yang berat. Tetapi tidak mengapa, saya ambil itu sebagai pengalaman dan akan cuba lagi menghasilkan karya yang lebih baik,� katanya.
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon