Bukan merisik, den berniaga ja
"Tujuan utama kami ke Australia untuk mencari peluang perniagaan dan apa yang boleh dikembangkan di sana. Abang saya juga merancang untuk membuka kafe di sana nanti.
Pelakon Zul Ariffin menafikan dia sudah merisik kekasihnya yang juga pelakon Zahirah Mac Wilson ketika berkunjung ke kediaman keluarga pelakon itu di Perth, Australia, baru-baru ini.
Zul berkata, kunjungannya ke negara itu atas urusan perniagaan dan dia turut ditemani kakak dan abangnya.
"Selain urusan perniagaan, saya juga mengambil kesempatan untuk berkunjung ke kediaman keluarga Zahirah tetapi bukan merisiknya seperti diperkatakan orang," katanya.
Zul ditemui di majlis pelancaran filem Tombiruo yang berlangsung di First Avenue, Bandar Utama, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut sejauh mana kisah percintaannya dengan Zahirah sejak lebih setahun lalu, Zul berkata, mereka masih berhubung hingga sekarang.
"Kami masih berhubung tetapi saya belum bersedia untuk berkongsi cerita peribadi dengan orang luar. Saya juga lebih suka berkongsi soal karier dengan peminat berbanding kisah peribadi.
"Namun, saya tidak akan berkahwin secara senyap-senyap atau merahsiakannya daripada peminat," katanya.
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon