Mengisahkan tentang Liyana (Aisya Hasnaa), seorang kolumnis cinta yang sentiasa percayakan takdir dan cinta. Pada masa yang sama, Liyana juga mempunyai impian untuk menyertai kursus dokumentari di Mongolia. Semenjak kematian ibunya beberapa tahun lalu, Liyana tinggal bersama ayahnya, Azhar (Na�a Murad). Untuk mengelak dari kesunyian, Azhar telah membeli sebuah banglo di luar bandar untuk dijadikan sebuah rumah rekreasi untuk orang-orang tua berehat dan meluangkan masa.
Kedua anak-beranak itu telah berkenalan dengan jiran yang baru berpindah bertentangan rumah mereka iaitu Zul (Iedil Putra) dan ibunya Marina (Dian P. Ramlee). Liyana menjadi semakin teruja apabila mendapat tahu Zul lahir pada bulan Disember kerana itulah antara ciri yang dicari untuk menjadi jejaka idamannya.
Liyana dan Zul mula berkenalan sebagai jiran dan menjadi kawan rapat. Dari sebuah persahabatan, lama-kelamaan menjadi sebuah percintaan. Semasa sesi perkenalan mereka, Zul telah menonjolkan setiap perkara kegemarannya adalah ciri-ciri jejaka idaman Liyana. Ini menguatkan lagi firasat Liyana bahawa Zul adalah jodoh yang dinanti-nantikan selama ini.
Dua minggu sudah berlalu, Zul melamar Liyana untuk dijadikan isterinya. Lamaran ini amat memeranjatkan Liyana kerana pada masa yang sama, permohonan Liyana untuk menyertai kursus dokumentari di Mongolia diluluskan. Namun, demi perjuangan cintanya terhadap Zul, Liyana menundakan hasratnya untuk mengikuti kursus tersebut dan menerima lamaran Zul.
Dalam masa yang sama, sedang Azhar sibuk menyiapkan rumah rekreasinya, gerak gerinya sering diperhatikan Marina. Atas dasar kebosanan juga, secara suka rela Marina membantu Azhar menyiapkan rumah rekreasi itu yang kini dinamakan Rumah Makwa.
Marina sering luangkan masanya bersama Azhar ketika bertukul di Rumah Makwa dan membeli perabot untuk rumah itu. Seperti mana yang terjadi kepada anak-anak mereka, persahabatan Marina dan Azhar turut bertukar menjadi cinta. Cuma bezanya adalah mereka menyembunyikan hubungan mereka daripada pengetahuan anak-anak.
Bagaimanakah takdir kesudahan percintaan mereka? Adakah cinta ini milik Azhar dan Marina atau milik anak-anak kesayangan mereka? Bagaimanakah reaksi Liyana dan Zul apabila mengetahui hubungan ibu bapa mereka? Untuk mengetahui kesudahan cerita komedi romantik ini, saksikan telefilem �Cinta Bulan Disember� yang akan menemui penonton dalam slot Cerekarama, Sabtu, 5 Disember pada jam 9 malam.
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon