Drama adaptasi novel oleh Airisz, �Cik Cinderella dan Encik Tengku� akan menggantikan drama �Kau, Aku, Kita� yang telah berakhir pada 9 Disember di slot Lestary TV3. Drama terbitan Orangtree Productions Sdn Bhd yang diarahkan oleh Eoon Shuhaini ini bakal menemui penonton pada 16 Disember, setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9 malam. Selain Zahirah Macwilson dan Shukri Yahaya, drama 13 episod ini turut dilakonkan oleh Shah Iskandar, Puteri Aishah, Datuk Eizlan Yusof, Aida Khalida, Zulin Aziz, Sherry Alhadad, Aleza Shadan dan ramai lagi.
Mengisahkan Puteri Nuraisha (Zahirah Macwilson) yang hidup dengan seorang ibu tiri dan kakak tiri. Ayahnya, Megat, sering melebihkan kakak tirinya iaitu Sha (Puteri Aishah). Puteri mempunyai seorang tunang bernama Ashraf (Shah Iskandar), di mana pertunangan mereka adalah disebabkan amanat arwah ibu Puteri yang mahu dia dan Ashraf disatukan. Ashraf, bagi Puteri, adalah seorang lelaki yang sering ingin menumpang kesenangan kerana dia sudah terbiasa dilimpahkan wang oleh keluarganya.
Perkenalan Puteri dengan Daniel (Shukri Yahaya), seorang peguam muda yang romantis, lucu dan baik hati di tempat kerja sedikit demi sedikit telah membuatkan Puteri jatuh cinta terhadap Daniel. Bagi Puteri, Daniel sangat menyenangkan tetapi dalam masa yang sama, Puteri dihimpit rasa bersalah kerana dia terikat dengan amanat arwah ibunya.
Tanpa diketahui oleh Puteri, rupa-rupanya kakak tirinya sudah lama menjalinkan hubungan cinta dengan Ashraf tanpa diketahui oleh sesiapa. Sehinggalah pada suatu hari, satu kejadian yang memalukan telah mengucar-kacirkan persiapan perkahwinan Puteri dan Ashraf yang telah dirancang rapi oleh ibu tirinya.
Adakah Puteri akan meneruskan perkahwinannya bersama Ashraf dan melupakan impian untuk membina mahligai bersama jejaka pujaannya, Daniel? Segalanya bakal terjawab dalam drama �Cik Cinderella dan Encik Tengku�
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon