Sinopsis Telemovie Melur Vs Rajawali

Gandingan pelakon Shafie Naswip dan Sharifah Amani membintangi telemovie mahu pun dalam filem nyata sepadan dan secocok. Apatah lagi sebelum ini kemunculan mereka menerima reaksi positif penonton.

Kali ini keduanya kembali digandingkan dalam sebuah telemovie berkongsi realiti kehidupan kalangan pelajar yang tinggal di sekolah asrama. Telemovie bertajuk �Melur vs Rajawali� yang turut menampilkan pelakon Amirul Affendi, Eric Fuzi serta ramai lagi ini arahan Al Jafree Md Yusop.

Menjalani penggambaran selama 10 hari itu di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur, Cheras, drama yang mengembalikan memori zaman persekolahan ini disiarkan mengisi slot Panggung Ahad pada 22 November ini, pukul 10.30 pagi di TV1.

�Melur vs Rajawali� mengisahkan Azlan, seorang pelajar yang sering bertukar sekolah dan berpindah-randah kerana mengikuti ayahnya yang bekerja sebagai seorang Diplomat di luar negara.

Namun Azlan yang kini berusia 16 tahun kembali bersekolah di Malaysia dan dimasukkan ke tingkatan empat di sekolah berasrama penuh Maktab Sains Nasional.

Dia tinggal di asrama Rajawali iaitu asrama lelaki yang paling �glamor� sekali. Semua pelajar-pelajar lelaki popular tinggal di situ manakala di seberang asrama Rajawali ialah asrama Melur iaitu asrama perempuan yang paling �glamour� kerana tujuh dari sepuluh yang tersenarai sebagai pelajar perempuan paling cantik sekolah tinggal di situ.
Kali pertama Azlan sampai dia agak berminat untuk mengetahui dan mengenali semua pelajar-pelajar perempuan yang tersenarai. Dia mengambil hampir dua minggu untuk mengenali kesemuanya kerana nasibnya yang tidak begitu baik apabila sangat sukar baginya bertemu dengan pelajar yang di tangga pertama iaitu Hanna.

Berjayakah Azlan mengenali Hanna? Apakah yang akan terjadi seterusnya kepada mereka? Jangan lupa untuk menyaksikan telefilem ini.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment