Doktor sudah berpesan, tetapi Hanez Suraya tetap juga mahu lakukan apa yang dilarang oleh doktor tersebut. Akibatnya, kini mula timbul perasaan bimbang di dalam dirinya apabila waktu bersalin semakin hampir.
�Doktor dah pesan jangan tengok video orang bersalin di Youtube, takut nanti kita bimbang dengan keadaan diri kita masa bersalin nanti. Tetapi saya tetap mahu menonton video itu. Bukannya apa, sebagai wanita yang pertama kali bakal bergelar ibu, saya mahu tahu apa yang akan berlaku�
�Selepas menonton video tersebut, perasaan saya sedikit bimbang apakah yang bakal saya lalui nanti. Sampai saya mengingau semasa tidur. Hahaha..,� ceritanya kepada mStar Online baru-baru ini.
Selain itu, pelakon wanita ini juga turut mendapatkan nasihat daripada ibu dan juga khidmat bidan mengenai persediaan untuk bersalin dan proses berpantang nanti. Ketika ini, Hanez hanya menghabiskan banyak untuk berehat di rumah.
Hanez juga menytakan bahawa selepas menimang cahaya mata nanti, dia akan lebih memberi tumpuan kepada keluarga sebelum memikirkan mengenai kerjayanya. Buat Hanez, semoga dapat bersalin dengan mudah dan beroleh bahagia dengan cahaya mata pertama nanti
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon