Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima anugerah 'The Star of Soekarno' yang diberikan Yayasan Pendidikan Soekarno (YPS) di Jakarta malam tadi. Anugerah itu sebagai pengiktitarafan terhadap ketokohan, keberanian dan kepimpinan beliau dalam memperjuangkan suara hak asasi manusia di peringkat antarabangsa. Pengasas YPS Rachmawati Soekarnoputri yang mengalungkan pingat bintang itu kepada Dr Mahathir berkata, penganugerahan itu adalah sebagai tanda persahabatan dan pengiktirafan sumbangan para pemimpin di peringkat dunia.
Dr Mahathir dalam ucapannya berkata, walaupun beliau tidak pernah bertemu dengan Surkarno, namun presiden pertama Indonesia itu merupakan idolanya semasa beliau masih seorang pelajar. Katanya, disebabkan itu, anugerah berkenaan sangat bermakna dalam hidupnya kerana beliau dapat memiliki satu tanda kenangan yang berkaitan dengan semangat Surkarno.
"Ketika Indonesia bergelut memperjuangkan kemerdekaan dari penjajahan Belanda di bawah pimpinan Surkarno dan Hatta (Mohammad Hatta, Timbalan Presiden pertama Indonesia), Malaysia belum lagi terbentuk dan masih di bawah pentadbiran British dan semangat Sukarno kemudiannya mula menyerap dalam kalangan pemimpin Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan," katanya.
Anugerah 'The Star of Soekarno' itu mula diberikan kepada para pemimpin luar Indonesia pada 2001 dan selain Dr Mahathir, tiga penerima lain ialah bekas Presiden Cuba Fidel Alejandro Castro Ruz, bekas Presiden Venezuela Hugo Rafael Chavez dan Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, lapor bernama

Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon