Borang permohonan Skim Perumahan Belia BSN 2015. Skim pembelian rumah pertama dari BSN ini adalah untuk membantu khusus kepada golongan belia yang sudah berkahwin untuk mendapatkan rumah pada kadar harga mampu milik. Jumlah pembiayaan rumah adalah minimum RM100,000 Sehingga RM500,000 dalam tempoh pinjaman selama 35 tahun. Berikut adalah syarat kelayakan dan cara permohonan Skim Perumahan Belia BSN 2015.
Borang Permohonan Skim Perumahan Belia BSN 2015
Sila Klik Borang Skim Perumahan Belia BSN 2015
Syarat Kelayakan Skim Perumahan Belia BSN 2015
- Warganegara Malaysia
- Sudah berkahwin
- Umur 25 tahun hingga 40 Tahun
- Tidak pernah memiliki rumah
- Pendapatan isi rumah suami dan isteri tidak melebiih RM10,000
- Jumlah Pembiayaan : RM 100,000 (Minimum) sehingga RM 500,000 (Maksimum)
- Margin Pembiayaan :
i) Sehingga 100% daripada harga belian rumah
ii) MRTA/ MRTT sehingga maksimum 5% daripada harga belian rumah. - Tempoh Pembiayaan : Sehingga maksimum 35 tahun atau tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan.
- Kadar faedah / Keuntungan : Sehingga maksimum BLR/ BFR � 2.4% **(Tertakluk terma & syarat)
- Konsep Pembiayaan : Islamik dan Konvensional
- Bayaran Bulanan: Bantuan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM200 untuk 2 tahun pertama bermula daripada pengeluaran pembiayaan yang pertama.
- Pengecualian duti setem sebanyak 50 % ke atas dokumen pembiayaan.
Senarai Dokumen Diperlukan Skim Perumahan Belia BSN 2015
- Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN
- Perjanjian Jual dan Beli / Resit deposit / Proforma Pesanan Pembelian
- Salinan Kad Pengenalan
- Sijil Nikah yang sah
Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
Salinan penyata KWSP
Surat pengesahan berkerja daripada majikan
Borang EA/ EC
Pemohon Bekerja Sendiri
Borang B/BE dan Resit LHDN
Surat pendaftaran syarikat (SSM)
Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
Dokumen � dokumen lain (jika perlu)
Pemohon Bersama
Borang B/BE dan Resit LHDN
Surat pendaftaran syarikat (SSM)
Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
Dokumen � dokumen lain (jika perlu)
Tarikh Tutup Permohonan
31 Disember 2015
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon