Harith Juara The Funniest Person in the World 2016

Harith Iskander The Funniest Person in the World

Harith Iskander, 49, berjaya mengalahkan empat peserta lain yang turut layak ke peringkat akhir The Funniest Person in the World iaitu Alex Calleja dari Filipina, Katerina Vrana (Greece), Mino Van Nassau (India) dan David Kilimnick (Israel) bagi merebut gelaran tersebut.

Pelawak terkenal Harith Iskander berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila diumumkan sebagai pemenang pertandingan Funniest Person in the World yang diadakan di Finland pada Sabtu.

Kemenangan itu melayakkan Harith membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD$100,000 (RM444,845).

The Funniest Person in the World adalah sebuah pertandingan yang dianjurkan oleh Laugh Factory iaitu sebuah rangkaian lawak global berpangkalan di Amerika Syarikat.

Terdahulu, Harith bersama peserta lain membuat persembahan pada peringkat akhir pertandingan itu di Polo Arena di Levi, Finland pada 8 Disember lalu.

Pemenang dipilih menerusi undian dalam talian dari seluruh dunia yang dibuka selama 24 jam selepas persembahan peringkat akhir selesai.

Harith terdahulu mengalahkan 88 pelawak lain dari seluruh dunia termasuk peserta dari Malaysia, Dr Jason Leong untuk mara ke peringkat akhir. - MStar
Previous
Next Post »
Thanks for your comment