Drama Gantung lakonan Randy Pagalila dan Hafreez Adam

Drama Gantung

Drama terbaru Gantung yang diadaptasi dari novel popular karya Nadia Khan akan ditayangkan di Astro pada awal tahun hadapan. Pengasas Red Communication Lina Tan, 47, berkata penerbitan mereka telah menyunting aksi berahi dalam drama tersebut untuk menjaga sensitiviti masyarakat agar tidak dikecam di media sosial oleh �keyboard warrior�.

Mengenai barisan pelakon, Lina telah mengunakan khidmat pelakon dari dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

Pelakon Drama Gantung

Barisan pelakon yang membintangi drama lapan episod itu ialah:
  • Randy Pagalila - Gibbs
  • Hafreez Adam - Troll
  • Ikmal Amry - Ray
  • Gita Sucia - 
  • Brandon Salim
  • Mentari De Marelle

�Kalau ikut novel memang terdapat plot-plot aksi berahi tapi saya dah berbincang dengan pengarah Shamyl Othman agar adegan itu kita tapis dan diberi plot yang lain.

�Tapi Gantung sebenarnya lebih kepada drama seram bukan berahi.

�Ia mengisahkan tentang empat orang pelajar lelaki yang nakal di sebuah kolej dan gemar bertukar-tukar pasangan wanita.

�Kalau nak tahu intipati drama ini, kena tunggulah di siarkan di Astro tidak lama lagi.

�Apa yang saya boleh komen, Gantung adalah drama seram yang berbeza dengan drama-drama lain,� kata Lina ketika ditemui media di Majlis Pelancaran Saluran Baru Boo Astro di ibu negara baru-baru ini.

�Untuk mencari pelakon Indonesia saya telah menjalani sesi uji bakat di sana dan sambutannya amat luar biasa.

�Mereka yang hadir begitu komited untuk membintangi drama ini dan akhirnya saya berjaya menjumpai pelakon yang sesuai, saya harap drama ini menjadi kegemaran nanti,� katanya.

Antara drama terbitan Red Communications yang popular ialah Oh My English, Siri Gol dan Gincu dan Impian Ilyana.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment