Tahniah Zulfadli Juara Terbuka Russia


Pemain profesional negara, Zulfadli Zulkiffli melakar kejayaan terbaharu apabila meraih kejuaraan Terbuka Russia yang berlangsung di Vladivostok, hari ini. Kejayaan tersebut adalah gelaran kedua pada kejohanan berstatus Grand Prix selepas pemain berusia 23 tahun itu memenangi Terbuka Brazil, awal bulan lalu.

Pada aksi final hari ini, bekas juara remaja dunia itu tidak diberikan laluan mudah sebelum bergelar juara apabila terpaksa bertarung selama lebih satu jam untuk menundukkan pemain India, Siril Verma. Zulfadli yang tewas di set pertama 16-21, bangkit memenangi set kedua dengan 21-19 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan sebelum menang set ketiga 21-10. - BERNAMA
Previous
Next Post »
Thanks for your comment