Da'i Niezal Juara Da'i Pendakwah Nusantara 2016

Juara Da'i Niezal

Da'i Niezal atau nama sebenarnya Mohd Sufwan Niezal Sabri, 19 dinobatkan juara program Da'i Pendakwah Nusantara musim keempat. Pelajar Diploma Dakwah & Pengurusan di Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah, Pahang itu mengetepikan dua finalis lain iaitu Muhammad Nasrul Nizam Zamry, 20 (Nasrul) dan Mohamad Saiful Marzuki, 18 (Saiful) pada pentas Pentas Akhir program terbitan TV3.

Menerusi kejayaan itu, Niezal membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 serta pakej umrah, manakala dua lagi finalis masing-masing menerima saguhati wang tunai RM5,000 setiap seorang dan trofi. Hadiah disampaikan Mursyid Da'i musim keempat, Datuk Kazim Elias.

Program itu disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Sepanjang 12 minggu bersiaran, Da'i dihoskan Datuk Rosyam Nor dan pengacara bersama, Zainal Ariffin.

Pemenang

Program itu menyaksikan 70 peratus markah adalah daripada juri tetap profesional iaitu Datuk Dr Izhar Arif dan Mohamad Zarifi Mohamad Daud, 20 peratus lagi diberikan murabbi Da'i musim keempat, Zul Ramli serta Dr Robiah K.Hamzah, manakala selebihnya daripada juri awam.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment