Lee Chong Wei mara ke final Rio2016


Tahniah kepada LCW, masa tengok tadi rasa macam dah final. Datuk Lee Chong Wei menyalakan harapan untuk memenangi pingat emas apabila mara ke final, di sini, sebentar tadi. Pemain nombor satu dunia itu mara selepas menewaskan musuh tradisi, Lin Dan 15-21, 21-11, 22-20 dalam masa 79 minit.

Kemenangan ke atas sensasi China itu juga menebus kekalahannya di pentas final Beijing 2008 dan London 2012. Ia juga kemenangan pertama Chong Wei ke atas juara dunia lima kali itu dalam kejohanan utama selepas tumbang lima kali di pentas final iaitu dua kali di Olimpik, dua kali di Kejohanan Dunia dan sekali di Sukan Asia. - BHarian
Previous
Next Post »
Thanks for your comment