Peserta Super Spontan Superstar 2016

Super Spontan Superstar

Program realiti Super Spontan kembali dengan musim terbarunya, menampilkan 16 peserta terdiri daripada para selebriti dan pelawak popular tanahair. 16 selebriti ini akan dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Harimau Hipster dan Monyet Mafia diketuai oleh Johan Raja Lawak dan Tauke Raja Lawak bagi memimpin barisan peserta yang lain. Dato� AC Mizal kekal sebagai hos ditemani pelawak genit, Amir Raja Lawak yang akan muncul menghangatkan suasana selaku pengacara bersama. Adflin Shauki pula bakal memegang amanah selaku komentator, berpasangan dengan seorang selebriti jemputan yang akan diundang setiap minggu.

Masih mengekalkan format asal, program realiti Super Spontan Superstar bakal bersiaran secara langsung dari Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (UPM), Serdang selama 10 minggu, pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam mulai 5 Ogos 2016 dtayangkan serentak menerusi Astro Warna (Saluran 132) dan Mustika HD (Saluran 134). 

PROGRAM : SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2016
EPISOD : 10 Minggu
HARI / MASA : Jumaat, 10.00 malam
SIARAN : Astro Warna 132 & Mustika HD 134
PENGACARA : Dato� AC Mizal, Amir Raja Lawak, Adflin Shauki
PESERTA : Tauke, Abam Bocey, Syuk Joras, Fad Bocey, Zulin Aziz, Ozlynn, Jamal, Waris, Johan Raja Lawak, Achey, Ali Puteh, Amyza Adnan, Kamal Adli, Julia Ziegler, Altimet, Zuki

SENARAI PESERTA SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2016

HARIMAU HIPSTER
1. Tauke
2. Abam Bocey
3. Syuk Joras 
4. Fad Bocey
5. Zulin Aziz
6. Ozlynn
7. Jamal
8. Waris

Harimau Hipster Super Spontan

MONYET MAFIA
1. Johan Raja Lawak
2. Achey
3. Ali Puteh
4. Amyza Adnan
5. Kamal Adli
6. Julia Ziegler
7. Altimet
8. Zuki

Monyet Mafia

Previous
Next Post »
Thanks for your comment