Oh My English After School

Oh My English After School

Musim terbaharu Oh My English! kembali menemui peminatnya menerusi siri terbaharunya, Oh My English! After School yang akan disiarkan secara serentak di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135). Oh My English! After School membawa penonton mengikuti cabaran dan rintangan tiga sahabat baik, Zack (Juzzthin), See Yew Soon (Roax Tan) dan Jibam (Akhmal Nazri) mengusahakan perniagaan kafe hipster mereka sendiri. Saksikan gelagat mencuit hati Jibam, SYS, dan Zack dalam pengembaraan baru mereka bermula 31 Julai, setiap Ahad jam 6.30 petang di Astro TVIQ dan Maya HD. 

JUDUL : OH MY ENGLISH! AFTER SCHOOL
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 31 Julai 2016
HARI / MASA : Ahad, 6.30 petang
SIARAN : Astro TVIQ 610 & Astro Maya HD 135
PELAKON : Akhmal Nazri, Juzzthin, Roax Tan, Didie Alias, Amelia Henderson, Juliana Evans, Nad Zainal, Kamal Adli, Zhafir Muzani, Lisa Surihani, Yusry Abdul Halim, Sherry Alhadad, Altimet, Fikry Ceria Popstar 
SINOPSIS OH MY ENGLISH AFTER SCHOOL
Mengisahkan kehidupan para pelajar kelas 5 Merah setelah mereka menamatkan persekolahan di peringkat SPM di SMK Ayer Dalam. Semuanya bermula apabila SYS telah diculik oleh lelaki misteri bergelar Mr A. Mr A menginginkan SYS menguruskan perniagaan makanannya. Disebabkan SYS bercita-cita untuk menjadi usahawan berjaya, maka dia pun telah menerima tawaran tersebut dan meminta bantuan teman karibnya Zack dan Jibam. Ketiga-tiga sahabat ini merasa begitu teruja menjalankan perniagaan yang penuh cabaran dengan membuka kafe bernama �After School Caf�. Pelbagai kejadian berlaku sewaktu mereka bertiga mahu membangunkan perniagaan ini. Berjayakah mereka memajukan perniagaan mereka dan apa lagi rintangan yang menanti mereka kali ini? 

Pelakon Oh My English After School
Pelakon Oh My English After School
Oh My English After School 2016
tiga sekawan
Previous
Next Post »
Thanks for your comment