Kembali Kepada Fitrah (TV2)

Kembali Kepada Fitrah

Saksikan ulangan telefilem bertajuk Kembali Kepada Fitrah yang akan disiarkan di slot Citra TV2 pada malam ini (19 Julai 2016) pukul 10 malam. Dibintangi oleh Haliza Misbun, Nadia Hasnan, Beto Khusyairi dan Linda. Sebuah telefilem arahan Ismail Yaacob.

JUDUL : KEMBALI KEPADA FITRAH
TARIKH / MASA : Selasa, 19 Julai 2016, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
PENGARAH : Ismail Yaacob
TERBITAN : MagicDreams Media
PELAKON : Haliza Misbun, Nadia Hasnan, Beto Khusyairi, Linda Hashim, Eric Fuzi

SINOPSIS KEMBALI KEPADA FITRAH
Mengisahkan seorang ibu tunggal bernama Latifah yang sentiasa mengharapkan kehadiran anak-anak tirinya setiap kali menyambut lebaran. Empat orang anak tiri iaitu Hisyam, Juita, Farina dan Amri setelah kematian suaminya sehingga mereka semua dewasa dan menjalani kehidupan sendiri. Penantiannya berterusan selama 10 tahun namun tidak kesampaian. Beliau tetap tidak berputus asa dan mengharap agar permintaannya menjadi kenyataan.

Anak-anak tirinya tidak mempedulikannya selama ini akibat mendengar cerita-cerita palsu. Kepulangan anak tiri sulung, Hisyam bertemu dengannya berjaya mengubat rindu yang terpendam setelah sekian lama tidak bertemu. Hisyam terkejut setelah mendengar cerita dari makcik Enon yang selama 10 tahun adik-adiknya tidak pulang ke kampung menjenguk ibu yang beria-ria membuat persiapan raya untuk menyambut mereka.

Hisyam ke Kuala Lumpur bertemu dengan ketiga-tiga adiknya dan meminta mereka untuk beraya semula bersama ibu mereka seperti suatu ketika dahulu. Walaupun pada mula hasrat beliau mendapat tentangan dengan pelbagai alasan yang diberikan, akhirnya adik-adik Hisyam mula memikirkan semula pengorbanan ibu tiri mereka. Adakah mereka terbuka hati pulang kepangkuan Latifah?

Pelakon Kembali Kepada Fitrah
barisan pelakon telemovie Kembali Kepada Fitrah
Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
4 Julai 2018 pada 8:49 PTG ×

saya adalah peminat tegar Beto Kusyairy.Saya berusaha mengikuti semua lakonannya.Alhamdulillah.Hny ada jg bbrp drama yg puas saya cari tp x dpt.Salah satunya yg nk sangat saya tengok adalah Kembali kepada fitrah,tp x berhasil.Please tolong seseorang hamba Allah utk upload kisah penuhnya di u tube.Tolong saya.

Selamat Unknown dapat PERTAMAX...! Silahkan antri di pom terdekat heheheh...
Balas
avatar
admin
Thanks for your comment