8 Cedera Letupan di Mid Valley Megamall


Pagi tadi dua letupan kecil dilapor berlaku di Mid Valley Megamall disebabkan oleh letupan gas di kedai makanan dan minuman.

Pengurusan Mid Valley Megamall dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di Facebook hari ini mengesahkan kejadian itu dan adalah disebabkan oleh letupan kecil semasa kerja pemasangan semula sistem sistem gas petroleum cecair (LPG).

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan walaupun beberapa pekerja kakitangan penyelenggaraan, kontraktor LPG dan pekerja mengalami kecederaan ringan, kata kenyataan itu.

"Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan telah menutup semua sistem gas di Mid Valley Megamall untuk sementara waktu.

"Keselamatan tetap menjadi keutamaan kami dan akan memberi tumpuan terhadap keselamatan penyewa dan pengunjung kami," katanya dalam kenyataan itu.

Pihak pengurusan juga berkata pusat membeli-belah akan terus dibuka kepada pengunjung dan akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai perkembangan insiden ini sekiranya terdapat maklumat lanjut.


Previous
Next Post »
Thanks for your comment