Travelling Beruang (2015) TV3 - Full Telemovie


Travelling Beruang (2015) TV3 - Full Telemovie


Travelling Beruang (2015)


Telefilem istimewa terbaru berjudul Travelling Beruang akan ditayangkan di TV3 bagi kempen kesedaran penyakit kenser. Menampilkan barisan pelakon popular seperti Ungku Ismail, Zara Zya, Siti Elizad, Yana Samsudin, dan Zul Huzaimy. Telefilem ini merupakan kemuncak kepada kempen Travelling Beruang yang telah dilancarkan sejak 9 Jun lalu. Telefilem Travelling Beruang mempunyai dua bahagian, bakal ditayangkan pada hari Sabtu dan Ahad ini (31 Oktober dan 1 November) di TV3 pada pukul 9 malam.


TARIKH / MASA TAYANGAN: 31 Oktober & 1 November 2015, 9.00 malam
  PENGARAH : Syahid Johan dan Jay Jamal
TERBITAN : Balang Rimbun Sdn Bhd
PELAKON : Ungku Ismail Aziz, Zara Zya, Elizad Sharifuddin, Yuyun Yuzlin, Baby Sofea, Ammar Titan, Zul Huzaimy, Yana Samsudin


SINOPSIS TRAVELLING BERUANG
Travelling Beruang mengisahkan Adit (Ungku Ismail Aziz) yang merupakan seorang novelis yang hilang arah setelah kehilangan anak perempuannya kerana kanser. Kebahagian rumah tangganya bersama Lisa (Zara Zya) juga punah. Bagi Lisa, Adit telah banyak berubah. Malah Adit seperti mementingkan kerjayanya sejak kematian anak mereka.
Adit dihantui rasa bersalah dan dia tidak mampu lagi menghasilkan novel. Sehinggalah suatu hari dia bertemu dengan Zamani (Zul Huzaimy) yang juga teman karibnya. Zamani yang resah dan kebimbangan menceritakan mengenai keadaan anaknya, Aishah (Yuyun Yuslin) yang telah diagnosis dengan penyakit kanser. Adit tersentak, dia bagaikan melihat cermin dirinya.

Adit melihat wajah Aishah di hospital. Hatinya sayu melihat Aishah lemah tidak bermaya. Kenangannya bersama Yana, arwah anaknya mula bermain di fikiran Adit. Sejak itu Adit banyak mengambil kesempatan untuk melawat Aishah. Dalam pertemuan itu, Aishah sempat berkongsi impiannya untuk melihat dunia. Impian Aishah besar namun dia tahu dia tidak mampu mencapainya kerana keadaannya yang tidak mengizinkan.

Sejak daripada itu, Adit berfikir tentang bagaimana dia mampu merealisasikan impian Aishah. Adit mengambil langkah berani untuk mengembara ke serata dunia dan Aishah hanya mampu menyandarkan impian kepada �Mr. Bear� patung kesayangannya. Walaupun sedih, Aishah gembira kerana Adit berjanji untuk berkongsi pengalamannya setiap kali mengembara.

Pengembaraan itu bukan sahaja demi Aishah tetapi juga menemukan sebahagian daripada hidupnya yang telah hilang. Dalam perjalanan itu, dia bakal menemui wanita misteri, Kat (Elizad Sharifuddin) yang bakal membawa Adit kepada suatu penemuan baru.


Tonton Travelling Beruang (2015) TV3 - Bahagian 1

Tonton Travelling Beruang (2015) TV3 - Bahagian 2



Travelling Beruang (2015) TV3 - Full Telemovie



Perhatian Kepada Pengguna Google Chrome dan Mozilla Firefox!

Sila Tutup Fungsi Pop-Up Blocker Pada Google Chrome dan Mozilla Firefox Anda Dahulu Sebelum Klik Link Di Bawah.

Cara Tutup Fungsi Pop-Up, Anda Boleh Klik Di Sini.

Previous
Next Post »
Thanks for your comment