Umie Aida akan tinggalkan Khairuddin jika belot


PETALING JAYA: Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengakui akan ditinggalkan isterinya, Datin Umie Aida sekiranya dia belot dalam perjuangan berhubung isu 1MDB. Katanya, Umie yang juga seorang pelakon tersohor tanah air berbuat demikian bagi memastikan dirinya tidak termakan umpan pihak tertentu supaya beliau menarik balik laporan polis yang telah dibuatnya.

�Umie pernah kata kepada saya, jika ada sesiapa tawarkan kebendaan, wang ringgit dan sebagainya untuk saya tarik balik laporan polis dan kalau saya terima, mungkin dia akan tinggalkan saya. �Selama saya terbabit dalam isu ini juga, isteri saya tidak pernah berhenti memberi semangat untuk saya teruskan perjuangan ini sampai selesai dan andai kata dia dapati saya belot atau lari daripada perjuangan ini, dia ugut akan tinggalkan saya,� katanya yang dipetik daripada portal berita Mstar Online.

Menurutnya lagi, sepanjang tempoh berkenaan, beliau menerima pelbagai tekanan termasuk diisytiharkan muflis dan rumah yang didiami mereka melalui cubaan untuk dilelong. Jelas Khairuddin lagi, apa yang ditempuhinya mendapat sokongan teguh daripada isterinya yang juga adik kepada pengarah terkenal, Erma Fatima. Bagi menampung keperluan dalam keadaan yang sukar, Umie Aida melakukan pelbagai ikhtiar termasuk menjual tudung dan pelbagai produk lain sebagai sumber kewangan mereka. �Siang malam bertungkus lumus dan tetap teguh bersama saya,� katanya, lapor freemalaysiatoday
Previous
Next Post »
Thanks for your comment