Khairuddin dakwa disenarai hitam, dihalang ke luar negara


PETALING JAYA: Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memaklumkan beliau telah disenarai hitam dan tidak dibenarkan keluar negara. Beliau mendakwa arahan itu dikeluarkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Bukit Aman. Tidak puas hati dengan arahan itu, Khairuddin menuduh polis menyalahguna kuasa apabila gagal memberikan alasan kukuh terhadap tindakan menyenaraikan hitam namanya itu.

�Mereka hanya memberi alasan �sebab-sebab khas� saja. �Adakah kerana mereka takut dengan tindakan saya untuk meneruskan perjuangan bagi menegakkan kebenaran kearah menyiasat kes skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di luar negara?,� katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Khairuddin juga mendakwa Jabatan Imigresen Malaysia dan polis tidak memberi sebarang notis secara terus-menerus kepadanya. �Saya hanya mengetahuinya apabila saya ditahan dari ke luar negara jam 10.30 pagi hari ini (Jumaat). �Sepatutnya saya berlepas ke New York, tetapi telah dilarang, disekat dan disenarai-hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia atas arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

�Semua persiapan membeli tiket kapal-terbang serta tempat-tempat penginapan di New York serta London mengalami kerugian kerana saya tidak dibenarkan keluar negara tanpa sebarang alasan munasabah,� jelasnya. Khairuddin memberi amaran sekiranya polis tidak memberi alasan yang munasabah, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.

�Sebesar zarah pun saya tidak takut dengan polis yang semakin haprak pada hari ini dan sudah tiba masanya untuk saya letak semula ataupun pulih semula imej polis yang amat teruk di kaca mata rakyat Malaysia. �Ingat polis. Malaysia ada undang-undang yang berteraskan kepada Perlembagaan negara. Malaysia bukan negara koboi. Malaysia adalah sebuah negara yang berperlembagaan dan berdaulat,� katanya, lapor freemalaysiatoday
Previous
Next Post »
Thanks for your comment