Single Pertama Ayahanda Rani Kulop Dapat Sentuhan Radhi OAG


Ayahanda Abdul Rani Kulup Abdullah bakal tampil dengan sebuah lagu yang mendapat sentuhan Radhi OAG dan Neves Pretty Ugly dan diiringi kumpulan muzik The Cekelat Cedap. Semestinya tagline yang sinonim dengan Rani Kulop iaitu Kipidap akan menjadi judul lagu berkenaan. "Slogan kipidap diterima oleh semua penyokong politik tidak kira yang mana dan Rani Kulup adalah ikon. Projek ini suatu eskapisme untuk kita bertenang setelah serabut dengan kerenah politik,� ujar Amad yang juga pengurus produksi untuk single itu.

Selain single Kipidap, Rani Kulop juga akan tampil dengan komik juga bertajuk Kipidap dan dia diangkat sebagai hero dalam komik berkenaan, demikian memetik Rotikaya. Rani Kulop yang juga Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) sebelum ini dikenali ramai kerana sering membuat laporan polis terhadap pelbagai isu semasa, terutamanya dalam hal-hal membabitkan kaum Melayu. Dia juga pernah diundang ke sebuah stesen radio untuk diwawancara. -Siakapkeli.my
Previous
Next Post »
Thanks for your comment