Keputusan Syamel Hampir Tersingkir Konsert AF 2015 Minggu 8


Keputusan Syamel pelajar hampir tersingkir pada Konsert AF 2015 Minggu 8. Syamel yang sepatutnya disingkirkan pada minggu ke 8 susulan menerima undian paling rendah telah diselamatkan oleh juri iaitu Dato Ramli MS. Memandangkan tiada penyingkiran atas kuasa juri, 6 pelajar AF 2015 iaitu Bila, Rachael, Sufi, Lisa , Syamel dan Sharul telah layak untuk ke peringkat separuh akhir Konsert AF 2015. Untuk info pada malam minggu ke 8, setiap 6 peserta AF 2015 ditugaskan untuk membawa dua buah lagu iaitu solo dan duet.


Keputusan Syamel Hampir Tersingkir Konsert AF 2015 Minggu 8
Kuasa pengkritik atau juri iaitu Dato Ramli MS telah menyelamatkan ?Syamel? daripada tersingkir atas undian paling terendah. Untuk info pada format AF 2015 kali ini, kuasa pengkritik hanya boleh digunakan sekali sahaja untuk menyelamatkan pelajar kegemaran mereka daripada tersingkir. Oleh itu, Dato Ramli MS pada malam tadi telah menggunakan kuasa pengkritik dan menyelamatkan Syamel daripada tersingkir. Dato Ramli MS menggunakan kuasa juri kerana Syamel mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian serta suara yang lunak dan boleh pergi lebih jauh dalam industri ini.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment