Berita Terkini : 3,000 sekolah ditutup - 28 Sept 2015


PUTRAJAYA � Hampir 3,000 buah sekolah di enam negeri dengan melibatkan kira-kira 1.8 juta pelajar dan 120,000 guru diarah tutup hari ini ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin buruk melanda negeri-negeri tersebut. Kementerian Pendidikan mengumumkan semua sekolah rendah, menengah di Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pusat pentadbiran negara di Putrajaya ditutup.

Bagaimanapun, di Perak hanya semua sekolah di Tanjung Malim manakala di Sarawak pula semua sekolah di bahagian Sri Aman, Kuching dan Samarahan turut diarah tutup. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata, pemantauan berterusan di seluruh negara mendapati beberapa negeri dan bahagian di Sarawak semalam mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat (201-300) dan tidak sihat (101-200).

"Berikutan keadaan jerebu yang dicatatkan di beberapa buah negeri semakin buruk, kementerian memutuskan untuk menutup sekolah-sekolah yang terjejas bagi menjamin kesihatan dan keselamatan pelajar. "Bagaimanapun untuk esok (hari ini), kementerian akan terus memantau IPU di seluruh negara dan pengumuman rasmi akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada pukul 2 petang," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, kementerian memandang serius keadaan jerebu yang melanda ketika ini yang mungkin menjejaskan kesihatan dan keselamatan pelajar serta guru-guru. Sehubungan itu, Mahadzir turut memberitahu, kementerian telah memberikan kuasa di peringkat Jabatan Pendidikan negeri dan daerah untuk menentukan keperluan penutupan sekolah atau tidak iaitu berdasarkan bacaan IPU terkini di kawasan masing-masing.

"Keputusan menutup sekolah boleh dibuat sekiranya bacaan IPU di kawasan tersebut mencatatkan bacaan antara 120 hingga 150 manakala jarak penglihatan di bawah 500 meter. "Kementerian hanya mengumumkan penutupan sekolah secara umum untuk negeri-negeri yang terjejas, lapor kosmo online
Previous
Next Post »
Thanks for your comment