Dr M: Saya dah tua untuk ditahan Sosma



Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan beliau boleh ditahan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana lantang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Mahathir, 90, bagaimanapun berkata beliau sudah terlalu tua untuk dipenjarakan. �Saya beliau sedia, saya terlalu tua, tidak berapa sihat dan boleh boleh berfikir dengan baik. Nyanyuk, kamu tahu?� katanya dalam sebuah forum pendidikan.

�Tetapi tiada alasan untuk orang nyanyuk ucap perkara salah,� kata Mahathir yang terkenal dengan kenyataan sinisnya. Beliau ditanya sama ada menjangkakan akan turut ditahan seperti Datuk Khairuddin Abu Hassan, bekas ketua Umno Batu Kawan, selama 28 hari atas alasan cuba mensabotaj negara. �Ini undang-undang, saya haru patuh. Jika saya bersalah saya harus hadapi penjara seumur hidup,� kata perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia itu.

Mahathir berkata Sosma lebih teruk berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan selepas kempen berterusan pembangkang dan NGO. Katanya, Sosma membenarkan penahanan seumur hidup sedangkan ISA hanya memperuntukkan penahanan dua tahun. Beliau juga berkata dakwaan sabotaj terhadap Khairuddin juga tidak dinyatakan dengan jelas dalam undang-undang itu, lapor malaysiakini.com
Previous
Next Post »
Thanks for your comment