Bank Negara Kekal Tidak Tambat Ringgit



KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan tidak akan menambat nilai ringgit meskipun nilai unit tempatan itu kini mencecah paras RM4.44 berbanding Dolar AS. Menurut Gabenor, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz tambatan nilai ringgit akan menyebabkan berlakunya pelarasan kepada harga dan permintaan yang bakal memberikan kesan besar kepada ekonomi. "Malaysia mempunyai asas ekonomi yang boleh diselaras mengikut persekitaran semasa. Apabila ketidaktentuan global seperti kenaikan kadar faedah AS diselesaikan, ringgit akan kembali pulih."

Katanya kepada pemberita selepas menyampailan ucaptama pada Simposium Global bagi Kekukuhan Kewangan di sini hari ini. Dr Zeti berkata ketidaktentuan termasuk kelemahan harga komoditi dan minyak menyebabkan nilai ringgit sukar diramal. "Kita harus tunjukkan kita mampu keluar dari tempoh sukar ini." Katanya sambil menambah keadaan ekonomi semasa Malaysia tidak akan menjejaskan negara jiran.

Beliau berkata pelabur harus melihat kepada asas perbankan dan sistem kewangan Malaysia yang kukuh. "Pertumbuhan meskipun menyederhana namun masih kukuh jika berdasarkan persekitaran global kini." Malah katanya ekonomi Malaysia kini 80 peratus disumbang pembuatan dan perkhidmatan berbanding bergantung kepada komoditi.

Sementara itu Dr Zeti berkata pasaran bon Malaysia tidak akan runtuh susulan pelepasan pegangan bon bernilai RM11 bilion oleh pelabur asing. "Kebanyakkan bon ini adalah dalam dedominasi ringgit dan Malaysia mempunyai pelabur institusi yang akan membeli bon domestik." , lapor astro awani
Previous
Next Post »
Thanks for your comment