Kerana Dia Juga Cikgu (2015) Cereka Ahad TV3



Sinopsis Kerana Dia Juga Cikgu
Mengisahkan Hakim (adik Zikrie) seorang pelajar darjah enam yang nakal dan malas belajar. Masa lapangnya diisi dengan permainan video dan keluar bersama kawan-kawannya kerana ibu bapanya terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing. Oleh itu, Hakim sentiasa mendapat keputusan tercorot dalam darjahnya. Ini membuatkan ayahnya, En. Hanif (Azhan Rani) berang dan malu terhadap rakan-rakannya di pejabat kerana anak mereka sering meraih keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Dalam keadaan terpaksa, En. Hanif mengupah Adam (Syafiq Kyle) sebagai guru tuisyen kepada anaknya, Hakim yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Dalam keadaan terpaksa dan benci juga, Hakim berusaha untuk menyingkirkan Adam dari kehidupannya.

Isteri kepada Hanif, Pn. Azizah (Rita Rudaini), berasa serba salah dengan tindak tanduk suaminya, namun tetap akur demi masa depan anaknya. Hakim pula sering membuli guru tuisyennya, Adam dengan harapan Adam akan berhenti daripada menjadi guru tuisyennya. Adakah Hakim tetap berkeras untuk bermalasan sehingga UPSR?

Telefilem sempena sambutan Hari Guru berjudul Kerana Dia Juga Cikgu arahan Keoi Hj Khalid ini dibintangi oleh Syafiq Kyle, Azhan Rani, Rita Rudaini, dan adik Zikrie. Bersiaran Ahad ini 10.30 malam di TV3.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment