Hidupku Solatku Matiku (2015) Telemovie Astro Maya HD



Bersempena Israk Mikraj, Astro membawakan anda sebuah telemovie istimewa berjudul Hidupku Solatku Matiku. Telemovie arahan pengarah Raja Ahmad Alauddin dibarisi pelakon hebat Sharnaaz Ahmad, Fasha Sandha dan Puteri Balqish bakal bersiaran pada mala mini, Sabtu 16 Mei 2015, jam 10 malam di Astro Oasis dan Maya HD. Hidupku Solatku Matiku menyingkap kisah keperitan hidup dialami oleh Nordin (Sharnaaz) dengan tabah. Disebabkan penyakit kusta yang dihidapinya, Nordin dihina oleh orang kampung dan lebih memeritkan apabila isterinya Lela (Fasha) minta diceraikan kerana mahu bersama dengan kekasihnya.

Nordin tabah menjaga anak mereka yang cacat dan sentiasa menjadikan solat sebagai perisai dan doa sebagai penawar. Solat sunat pula menjadi penawarnya bilamana dia tidak dibenarkan menyertai jemaah dikampungnya tetapi berkat kesabarannnya jemaah kampung sebelah tanpa prejudis membenarkannya menjadi sebahagian daripada mereka. Menerusi telemovie ini para penonton akan dapat melihat dengan jelas mesej yang cuba disampaikan iaitu dengan memaparkan kebesaran Allah S.W.T. Para penonton juga akan hilang sabar melihat kerenah Lela yang tidak langsung menghormati suaminya malah menghina pula lelaki tersebut.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment