Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 Online Bagi Golongan B40 (TEDUH)

Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 Online Bagi Golongan B40 (TEDUH)|ANDA ingin mohon Rumah Mampu Milik (RMM)? Berita baik buat rakyat Malaysia yang berkelayakan dan ingin memiliki rumah pertama sendiri. Untuk makluman anda, kini Jabatan Perumahan Negara (JPN) telah menyediakan sebuah portal online iaitu TEDUH yang memudahkan rakyat Malaysia menyemak atau mencari rumah yang bakal mereka beli atau sewa. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 Online buat panduan anda.

Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 Online Bagi Golongan B40 (TEDUH)


Sedia maklum, fungsi utama Portal TEDUH ini diwujudkan adalah untuk memaparkan maklumat tentang projek-projek dan program-program perumahan awam dam swasta di Malaysia. Portal TEDUH ini turut memaparkan beberapa skim perumahan yang ditawarkan oleh kerajaan iaitu Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome), Program Perumahan Rakyat (PPR), PR1MA, PPAM dan Rumah Transit.


Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 Online Bagi Golongan B40 (TEDUH)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Skim Perumahan di Malaysia termasuk memaparkan syarat kelayakan, senarai program perumahan dan aplikasi permohonan:


Cara Daftar Rumah PPR, MYHOME, PR1MA Dan Rumah Transit 2021 Online

A. Daftar Akaun

1. Untuk pendaftaran, anda perlu membuat pendaftaran akaun menerusi laman sesawang di https://sprn.kpkt.gov.my/user/register atau layari Portal TEDUH di https://teduh.kpkt.gov.my/.

Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 Online Bagi Golongan B40 (TEDUH)

2. Masukkan maklumat nama, no kad pengenalan dan emel. Seterusnya, klik butang daftar.

B. Buat Pengesahan

1. Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktifkan akaun yang telah didaftarkan.

2. Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru seperti gambar di bawah untuk pengaktifan akaun dan penetapan kata laluan anda.

3. Masukkan tetapan kata laluan. Sila pastikan ruangan ��Pengesahan Kata Laluan�� adalah sama dengan ruangan ��Kata Laluan��. Seterusnya, klik butang simpan.

C. Log Masuk

1. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah disetkan pada ruangan. Kemudian, log masuk akaun tersebut.

D. Pilih Skim Perumahan

1. Untuk permohonan, anda perlu mengenalpasti dan memilih skim perumahan yang ditawarkan. Klik pautan pilih skim.

2. Sila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan. Terdapat maklumat senarai projek yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim. Seterusnya, klik butang ��Pilih Skim��.

E. Maklumat Pemohon

1. Klik pautan maklumat pemohon.

2. Masukkan maklumat pemohon yang diperlukan dan klik butang ��Simpan��. Maklumat mandatori hendaklah diisi sehingga ikon berwarna hijau.

F. Pilih Projek

1. Klik pautan Projek untuk memohon projek.

G. Dokumen Sokongan

1. Klik pautan Dokumen Sokongan untuk muat naik dokumen sokongan permohonan.

H. Pengesahan

1. Klik pautan Pengesahan untuk hantar permohonan.


Senarai Program Perumahan & Syarat Kelayakan Permohonan

A. Program Perumahan Rakyat (PPR)

Program Perumahan Rakyat atau ringkasnya PPR adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). Program perumahan ini terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia manakala RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

B. Skim Rumah Transit

Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 tahun hingga 30 tahun. Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua tahun.

C. Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)

Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau dikenali sebagai MyHome menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada para pembeli rumah dan pemaju swasta.


Artikel Berkaitan:

Permohonan Rumah PPR 2021 Online

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2021 Online


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Rumah Mampu Milik, sila menghubungi di:

Jabatan Perumahan Negara

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4, 62100 Putrajaya

MyHome Tel: 03-8891 4027 / 4054 / 4055 / 4062

PPR Tel: 03-8891 4052 / 4059 / 4384

Rumah Transit Tel: 03-8891 4052 / 4061 / 4400

Tel: 03-8891 4475/ 03-8891 4200

Emel: teduh@kpkt.gov.my

Semoga perkongsian Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 Bagi Golongan B40 ini dijadikan panduan buat anda semua!

Previous
Next Post »
Thanks for your comment