Jadual Bayaran i-Lestari KWSP Bulan Januari 2021 (Tarikh)|BILAKAH tarikh bayaran pengeluaran i-Lestari KWSP bagi bulan Januari 2021? Berita baik buat anda pemohon yang ingin ketahui jadual dan tarikh pembayaran i-Lestari KWSP bulan Januari 2021. Berikut dikongsikan Jadual Bayaran i-Lestari KWSP Bulan Januari 2021 buat panduan anda.
Menurut info terkini, tarikh pembayaran i-Lestari KWSP bagi bulan Januari 2021 dijangka adalah pada 4 Januari 2021 yang bakal dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat.
Jadual Bayaran i-Lestari KWSP Bulan Januari 2021 (Tarikh)
Berikut dikongsikan maklumat meliputi Jadual bayaran i-Lestari KWSP Bulan Januari 2021 termasuk tarikh bayaran dan semakan status:Tarikh Pembayaran Pengeluaran i-Lestari KWSP
1. Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada 4 Mei 2020.2. Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula dari tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.
3. TERKINI: Tarikh pembayaran kesembilan (bulan Januari 2021) i-Lestari KWSP dijangka pada 4 Januari 2021 yang dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat.
Konsep Am Pembayaran i-Lestari KWSP
1. Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.2. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).
3. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
Konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:
- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.
Semakan Status i-Lestari KWSP Online
1. Layari Portal Rasmi i-Lestari secara online menerusi pautan di https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php.2. Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan dan No. Telefon Bimbit yang disahkan.
3. Klik pada "Saya bukan robot" dan klik pada butang "SEMAK".
Artikel Berkaitan:
? Semakan Baki Akaun 2 i-Lestari KWSP OnlineMaklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi i-Lestari di https://ilestari.kwsp.gov.my/ atau emel ke ilestari@epf.gov.my.Semoga perkongsian Jadual Bayaran i-Lestari KWSP Bulan Januari 2021 ini dijadikan panduan buat anda semua!
DISCLAIMER: Portal rujukanspm tiada sebarang kaitan dengan Laman Web KWSP. Laman ini hanya kongsikan maklumat atau informasi terkini kepada umum. Sebarang kehilangan tidak dipertanggungjawabkan oleh laman rujukanspm.
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon