Cara Daftar i-Akaun KWSP 2020 Online Untuk Semakan Baki Akaun 1 & 2|ANDA ingin daftar i-Akaun KWSP? Berita baik buat anda yang ingin ketahui cara daftar i-Akaun KWSP secara online untuk memudahkan anda membuat semakan baki dan penyata Akaun 1 & 2. Untuk makluman anda, pendaftaran i-Akaun KWSP boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi KWSP. Berikut dikongsikan Cara Daftar i-Akaun KWSP Online buat panduan anda.
Cara Daftar i-Akaun KWSP 2020 Online Untuk Semakan Baki Akaun 1 & 2
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar i-Akaun KWSP termasuk syarat kelayakan permohonan:
Cara Pendaftaran i-Akaun KWSP
Untuk pendaftaran i-Akaun boleh dilakukan melalui Kiosk KWSP, pihak ketiga Kiosk (bank) dan emel seperti berikut:
A. DAFTAR I-AKAUN MELALUI KIOSK KWSP
Sebelum daftar i-Akaun KWSP secara online, pastikan ahli mendapatkan TAC Pengaktifan dengan daftar nombor telefon dimana-mana kaunter atau Kiosk KWSP.
1. Dapatkan ID & Kata Laluan sementara anda di pejabat/kios KWSP berdekatan.
2. Masukkan IC dan nombor telefon terkini.
3. Kemudian, cap jari anda.
4. Tunggu 10 saat akan keluarkan kertas yang mengandungi No. ID dan kata laluan sementara.
i. Daftar i-Akaun Secara Online
2. Klik kepada ikon ��Log Masuk�� dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
3. Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.
4. Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya.
5. Log masuk dengan maklumat akaun baru anda dan kini anda bertanggungjawab terhadap simpanan KWSP anda.
B. DAFTAR I-AKAUN MELALUI KIOSK EMEL
1. Ahli boleh membuat permohonan pendaftaran dan pengaktifan i-Akaun (Ahli) melalu e-mel ke iakaundaftar@epf.gov.my.
2. Contact Management Centre (CMC) terima e-mel dan mengesahkan semua dokumen adalah betul dan sepadan dengan rekod KWSP. CMC akan e-mel kembali kepada ahli KWSP dengan 5 soalan sekuriti.
3. Ahli terima dan menjawab soalan sekuriti dengan menghantar e-mel ke iakaundaftar@epf.gov.my.
4. CMC terima email dan memastikan semua soalan dijawab dengan betul.
CMC membuat pendaftaran di BDS dan Support Centre.
5. Ahli terima ID pengguna dan password sementara melalui SMS dan membuat pengaktifan i-Akaun.
Syarat Kelayakan Daftar i-Akaun KWSP
Untuk melayakkan anda mendaftar i-Akaun, anda perlu memenuhi kriteria seperti berikut;
1. Pemohon ialah seorang pencarum KWSP
2. Pemohon mempunyai nombor ahli KWSP yang sah
3. Pemohon mempunyai nombor telefon bimbit yang masih aktif untuk terima kod TAC
4. Majikan anda juga mempunyai nombor KWSP yang sah
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan i-Akaun, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 - 8922 6000 atau mana-mana Pejabat KWSP.
Semoga perkongsian Cara Daftar i-Akaun KWSP Online Untuk Semakan Baki Akaun 1 & 2 ini dijadikan panduan buat anda semua!
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon