Cara Daftar i-Suri KWSP 2020 Untuk Suri Rumah RM480 Setahun

Cara Daftar i-Suri KWSP 2020 Untuk Suri Rumah RM480 Setahun|ANDA ingin daftar i-Suri KWSP? Berita baik buat anda golongan suri rumah yang berminat dan berkelayakan membuat pendaftaran i-Suri KWSP tahun 2020. Berikut dikongsikan Cara Daftar i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah RM480 Setahun buat panduan anda.

Cara Daftar i-Suri KWSP 2020 Untuk Suri Rumah RM480 Setahun

Sedia maklum, i-Suri KWSP merupakan singkatan kepada Insentif Suri yang adalah Caruman Sukarela untuk suri rumah yang berdaftar dibawah sistem e-Kasih. Kerajaan telah memperuntukkan RM 20 juta bagi menjayakan fasa pertama skim yang dikenali Program Sukarela Insentif Suri (SURI).

Cara Daftar i-Suri KWSP 2020 Untuk Suri Rumah RM480 Setahun

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Daftar i-Suri KWSP termasuk syarat kelayakan dan manfaat:

Pendaftaran i-Suri KWSP Tahun 2020

1. Bagi golongan suri rumah yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin mendaftar insentif i-Suri KWSP, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa Mykad serta dua borang seperti berikut:

?? Borang i-Suri �C KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
?? Borang i-Suri �C KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

Cara Daftar i-Suri KWSP 2020 Untuk Suri Rumah RM480 Setahun

Syarat Kelayakan i-Suri KWSP

Antara Syarat Kelayakan Permohonan i-Suri KWSP adalah seperti berikut:

1. Mestilah warganegara Malaysia
2. Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 Nov 2018
3. Belum mencapai umur 60 tahun
4. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
5. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)

Manfaat Insentif i-Suri KWSP

Antara Manfaat i-Suri KWSP adalah seperti berikut:

1. Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya.
2. Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
3. Menerima dividen tahunan KWSP.
4. Bantuan Kematian: RM2,500.

Info Penting:
** tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
*Sumbangan kerajaan ke dalam akaun KWSP sehingga RM200 kepada mereka yang layak bagi caruman untuk tempoh Ogos �C Disember 2018. Bagi tahun berikutnya, jumlah sumbangan adalah sehingga RM480 setahun (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).

Cara Dan Saluran Bayaran i-Suri KWSP

A. Perbankan Internet
- Pemindahan wang secara elektronik:
Maybank
Public Bank
RHB Bank

B. Kaunter Ejen Bank
- Tunai/cek
BSN
Maybank
Public Bank
RHB Bank

C. Kaunter KWSP
Tunai (maksimum RM500) /cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar

Artikel Berkaitan:


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila menghubungi di Pusat Pengurusan Perhubungan 03 - 8922 6000 atau layari di Portal KWSP www.kwsp.gov.my.

Semoga perkongsian Cara Daftar i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah ini dijadikan panduan buat anda semua!
Previous
Next Post »
Thanks for your comment