SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Kuala Lumpur


SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Kuala Lumpur
SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Kuala Lumpur
SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Kuala Lumpur | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Sebelum ini Momi pernah update pasal Restoran Makanan Korea Di Malaysia, nampak ada satu lagi kedai yang akan masuk dalam senarai tersebut. Baru-baru ini, Momi bersama rakan-rakan mencari restoran makanan Korea di sekitar Kuala Lumpur. Cari punya cari, kami terjumpa restoran SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Kuala Lumpur. Apa yang menariknya dekat SeoulNami Korean BBQ? Mari Momi kongsikan kepada anda. 

SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Kuala Lumpur
SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Kuala Lumpur

Apa yang menariknya tentang SeoulNami Korean BBQ ini ialah ia menyajikan BBQ cara Korea dengan arang panggang di atas meja. Ia diinspirasikan dari Korean BBQ Chicken popular dari Chuncheon, yang mana berlokasi di bahagian utara Seoul, Pulau Nami. Restoran yang terletak di Level F-215 di The Gardens ini merupakan restoran mesra muslim dengan menyediakan Halal-certified ingredients seperti ayam, daging dan makanan laut yang dimasak di atas bara arang panas. 

SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Kuala Lumpur
SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Kuala Lumpur

"Boleh ke masak atas bara arang yang panas?" Itu soalan yang bermain difikiran. Anda tidak perlu risau dengan asap kerana di SeoulNami Korean BBQ telah disediakan corong asap dekat setiap meja jadi anda tak perlu risau untuk masak walaupun dalam restoran yang tertutup dan berhawa dingin. 


Cara Order Di SeoulNami Korean BBQ
Jadi Momi nak kongsikan tips bagaimana untuk menikmati Korean BBQ di SeoulNami Korean BBQ :

1. Untuk permulaan, sila pilih hidangan utama anda seperti 'Chuncheon Chicken' (RM 59.00) dan 'Beef Platter' (RM 119.00)

SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Kuala Lumpur
Chuncheon Chicken

SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Kuala Lumpur
Beef Platter

2. Pilih hidangan sampingan (side dishes) dan sos untuk dicicah. Antara yang anda kena cuba ialah 'Spicy Octopus' (RM 39.00), 'Kimchi Trio' (RM 29.00), 'Fist Rice' (RM 29.00), 'Charcoal Burnt Cheesecake' (RM 12.00) dan 'Goguma on Fire' (RM 12.00)

SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Kuala Lumpur
Spicy Octopus

SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Kuala Lumpur
Fist Rice

SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Kuala Lumpur
Kimchi Trio


3. Seterusnya masak telur dadar stim terlebih dahulu menggunakan dapur pemanas.

SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Kuala Lumpur
SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Kuala Lumpur

4. Dapur BBQ akan dipanaskan menggunakan arang. Jadi, anda boleh bakar daging dan ayam yang anda pesan di atas pemanggang yang telah disediakan. Minta bantuan dari staff untuk penggunaan arang yang betul. 

SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Kuala Lumpur
SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Kuala Lumpur


5. The best part, bila daging atau ayam sudah masak, anda boleh balutnya dengan salad, tambah timun dan lobak serta letak sos mengikut selera anda.

SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Kuala Lumpur
SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Kuala Lumpur

6. Makanan tidak lengkap tanpa air kan? Ada 4 pilihan air yang boleh anda cuba tau seperti 'Out-of-This-World Lemonade' (RM 24.00), 'Binggrae Banana Uyu Colada' (RM 24.00), 'Sparkling Orange Cream Soda' (RM 19.00) dan 'Fizzy Sour Plum Cooler' (RM 19.00)

SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Kuala Lumpur
SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Kuala Lumpur


Apa Menu Kegemaran Momi?
Kalau ikutkan mana makanan kegemaran Momi dekat SeoulNami Korean BBQ , semestinya hidangan utama daging wagyu dalam 'Dinner Platter', lagi-lagi bila dah siap bakar cicah pula dengan sos yang ada memang terbaik! Satu lagi yang menarik ialah 'Fist Rice'. Anda perlu gaul dulu semua bahan-bahan dalam mangkuk kemudian kepal-kepal kan. Lepas tu apa lagi, makan lah ! Serius sedap hehe. 

SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Kuala Lumpur
SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Kuala Lumpur

Untuk pengetahuan anda, SeoulNami Korean BBQ masih lagi menunggu HALAL certificate daripada JAKIM. Jadi, anda tak perlu was-was jika ingin makan dekat SeoulNami Korean BBQ @ The Gardens KL kerana menu-menunya 100% halal.

SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Kuala Lumpur
SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut mengenai SeoulNami Korean BBQ, anda boleh ikuti media sosial mereka di Facebook dan Instagram

Alamat SeoulNami Korean BBQ 
F-215, The Gardens Mall 
Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City 
59200 Kuala Lumpur 
Tel : +603 2202 3336 

Previous
Next Post »
Thanks for your comment