|
Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian |
Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Lamanya rasa tak pergi bercuti dekat tepi pantai. Kebetulan, baru-baru ini Momi berkesempatan untuk bercuti bersama rakan-rakan. Destinasi percutian yang Momi dan rakan-rakan pilih adalah
Pulau Perhentian, Terengganu. Banyak sebenarnya resort yang terdapat dipantai Pulau Perhentian Kecil ini. Nak tahu Momi menginap dimana selama 3 hari 2 malam? Jom sambung baca.
|
Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian |
Kuala Lumpur Ke Pulau Perhentian Kecil
Dari Kuala Lumpur, kami menaiki
flight ke Kota Bahru. Kami tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bahru dalam pukul 7.45 pagi. Kami menaiki van dari company Seven Seas yang berharga RM25/seorang. Jarak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bahru ke Jeti Kuala Besut adalah 57 km dan mengambil masa dalam 1 jam perjalanan tau. Perjalanan dari
Jeti Kuala Besut ke
Pulau Perhentian Kecil dengan menaiki bot laju adalah selama
40 hingga 45 minit. Serius naik boat sangat mendebarkan ya lagi-lagi ombak tengah kuat, hampir terbang rasanya haha.
|
Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian |
Ombak Dive ResortAlhamdulillah, kami selamat sampai ke Jeti Teluk Aur. Dekat mana Momi dan kawan-kawan nak menginap selama 3 hari 2 malam dekat Pulau Perhentian ? Kami menginap dekat
Ombak Dive Resort. Menariknya Jeti Teluk Aur ini sangat dekat dengan
Ombak Dive Resort tau, jadi anda tak perlu risau nak bawa
luggage hehe.
First impression tentang
Ombak Dive Resort ialah esklusif dan
classy.
|
Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian |
|
Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian |
Setibanya di
Ombak Dive Resort, kami disambut mesra oleh staff disana dengan
welcome drink, hilang rasa penat seketika. Memandangkan kami tiba awal dari sepatutnya, jadi kami dijamu dengan beberapa hidangan untuk makan tengah hari di
Ombak Cafe, sementara menunggu bilik kami siap. Haa perut sudah kenyang, bilik sudah siap apa lagi, marilah kita masuk bilik sambil melihat sekitar
Ombak Dive Resort ini.
|
Quadraple Sharing Room Ombak Dive Resort |
|
Quadraple Sharing Room Ombak Dive Resort |
Bilik kami paling hadapan sekali, iaitu
Quadruple Sharing Rooms. Bilik ini dilengkapi dengan penghawa dingin, kipas siling, meja tulis dan kerusi, LCD TV, tandas, pemanas air dan
mini-fridge. Rasanya bilik ini sangat sesuai untuk mereka yang berkeluarga atau rakan-rakan sebab besar dan sangat selesa. Momi bersama tiga orang rakan yang lain memang puas hati dengan persekitaran bilik ini. Oh ya selain itu, di
Ombak Dive Resort ini juga terdapat
Single Room, Twin Room dan
Executive Suits Room. Berikut adalah senarai pakej di Ombak Dive Resort :
4 hari 3 malam Snorkeling Package = RM 955 per pax3 hari 2 malam Snorkeling Package = RM 690 per pax4 hari 3 malam Free and Easy Package = RM 865 per pax3 hari 2 malam Free and Easy Package = RM 600 per pax 3 hari 2 malam Honeymoon Package = RM 695 per pax |
Executive Room |
|
Twin Room Ombak Dive Resort |
'Romantic Beach'Bagi anda yang gemar melakukan aktiviti pantai dan snorkeling, di Pulau Perhentian Kecil ini banyak lokasi yang menarik untuk anda terokai. Dekat
Ombak Dive Resort ini ada perkhidmatan yang sesuai untuk aktiviti pantai dan snorkeling, lagi-lagi yang teringin nak belajar skuba bolehlah sertai
Ombak Divers. Jurulatih pastinya mereka yang profesional dari luar negara tau. Kemudahan dan latihan skuba di sini diiktiraf oleh
PADI iaitu satu badan antarabangsa untuk aktiviti sukan laut ini.
Ombak Divers turut menyediakan sewaan kelengkapan untuk
snorkeling seperti mask, snorkel dan fins.
|
Ombak Divers |
|
Antara kelengkapan dekat Ombak Divers |
|
Antara kelengkapan dekat Ombak Divers |
Dengan menaiki bot, kami dibawa ke salah satu tempat yang sangat sesuai untuk aktiviti pantai dan laut iaitu
'Romantic Beach'. Menariknya, disini ada
22 spot untuk aktiviti pantai dan laut yang boleh anda terokai di Pulau Perhentian. Serius ya, Romantic Beach ini sangat cantik tau dan ia dekat sahaja dengan Ombak Dive Resort. Kalau naik bot tu dalam lebih kurang 10 minit sahaja. Anda pasti terpukau dengan kecantikan Romantic Beach ini, rasa macam nak tinggal lama-lama dekat situ. Dekat sini sesuai untuk anda lakukan aktiviti laut, sambil-sambil mandi dapat tengok ikan lalu dekat dengan anda.
|
Pose sikit |
|
Love sangat! |
|
Splash! |
|
Snorkeling ke tewww? |
|
Siapa buat ni? Cantiknya hehe. |
|
Bestnya berlari ditepi pantai. |
Ombak CafeTidak lengkap kalau menginap dekat sini jika anda tidak cuba makanan yang dihidangkan dekat
Ombak Cafe. Momi ada kongsikan tentang makanan yang best dekat Ombak Cafe dalam entri "Ombak Cafe".
Baca Entri : Ombak Cafe.Momi memang sangat
recommend kepada mereka yang inginkan ketenangan dan percutian yang menarik, pastinya di
Ombak Dive Resort. Lagi-lagi datang dengan keluarga dan rakan-rakan pasti bakal mencipta memori yang indah disini. Rasa nak repeat lagilah kesini hehe.
|
Sunset Time Di Pulau Perhentian |
Untuk maklumat lanjut mengenai penginapan dan pakej di
Ombak Dive Resort, sila layari
laman web Ombak Dive Resort. Jangan lupa ikuti perkembangan mereka di
Facebook dan
Instagram ya. Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi mereka di talian 019 7911002 atau 09 6911021 atau email ke
ombakdiveresort@gmail.com. Selamat bercuti guys!
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon