Mykori Dessert Caf�

Mykori Dessert Caf� - Mykori Dessert Cafe

Mykori Dessert Caf� - Mykori Dessert Cafe | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Tak habis lagi dengan pencuci mulut ya. Kalau sebelum ini Momi update mengenai aiskrim White Rabbit Inside Scoop, kali ini Momi nak kongsikan kepada anda sebuah lagi kedai 'dessert'Mykori Dessert Caf�. Sebelum ini tak pernah dengar mengenai Mykori Dessert Caf� ini tapi bila Ara Kimora asyik sebut mengenai cafe ini, tetiba teringin pula nak cuba kan? hehe.

Mykori Dessert Caf� - Mykori Dessert Cafe
Mykori Dessert Caf�
Banyak juga cawangan Mykori Dessert Caf� ini dibuka iaitu sebanyak 21 cawangan. Dengarnya banyak lagi cawangan yang akan dibuka akan datang. Haa.. Kebetulan kami makan McDonalds area Sri Petaling, jadi kami singgah dekat Mykori Dessert Caf� di Sri Petaling. Sambil melihat suasana kedai yang tenang, kami tak tahu nak pilih yang mana sebab ada banyak. Dalam banyak-banyak menu, kami memilih 2 menu yang selalu pengunjung pesan iaitu Kakigori dan Signature Toast.

Mykori Dessert Caf� - Mykori Dessert Cafe
Hey gurls!

Mont Mouve Kakigori (RM25)
Disebabkan selalu nampak ramai orang 'order' , kami memilih Mont Mouve Kakigori. Rasanya masam-masam sikit dalam tu ada beberapa seleksi beri yang boleh dirasai. Sangat menyegarkan. Saiznya sedikit kecil dari yang dijangka tapi okaylah. Oh ya, kalau nak pesan untuk seorang makan pon ada dalam RM13.

Mykori Dessert Caf� - Mykori Dessert Cafe
Mont Mouve Kakigori

Mango Honey Crunch Toast (RM20)
Sesuai dipesan semasa minum petang. Kami memilih salah satu signature toast disini ialah Mango Honey Crunch Toast. Ia adalah gabungan roti bersama mangga dan dua aiskrim pilihan anda. Jadi kami memilih aiskrim vanila untuk dimakan bersama. Pada bahagian tepi roti, kami tak berapa minat dengan rasanya tapi yang lain sangat sedap!

Mykori Dessert Caf� - Mykori Dessert Cafe
Mango Honey Crunch Toast

Waktu Beroperasi Mykori Dessert Caf�
Berikut adalah waktu Mykori Dessert Caf� beroperasi :


  • Selasa - Jumaat (2.00 Petang - 11.00 Malam)
  • Sabtu & Ahad (1.00 Tengah Hari - 11.00 Malam)
  • Isnin cuti


Mykori Dessert Caf� - Mykori Dessert Cafe
Nyumss Mykori Dessert Caf�

Sebenarnya banyak lagi nak rasa tau tapi sebab kami berdua susah sikit nak pesan hehe. Jangan lupa datang ke  Mykori Dessert Caf� untuk menikmati pelbagai hidangan pencuci mulut. Purata harga pencuci mulut disini dari RM13 ke RM30. Jangan lupa tengok menu yang dihidangkan dan cawangan yang anda ingin pergi supaya memudahkan anda pesan. hehe.

Menu Mykori Dessert Caf�
Lokasi / Cawangan Mykori Dessert Caf�

Enjoyss!
Previous
Next Post »
Thanks for your comment