Filem dinanti-nantikan Hanyut bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 24 November ini selepas begitu lama ditangguh tayangannya yang menjalani penggambaran pada 2010. Filem yang menelan belanja sebanyak RM18 juta ini diangkat dari novel nukilan Joseph Conrad iaitu 'Almayer's Folly'. Diarahkan oleh U-Wei Haji Saari. Mmenampilkan barisan pelakon hebat seperti Peter O�Brien, Sofia Jane, Khalid Salleh, Adi Putra, Diana Danielle, Bront Palarae, Sabri Yunus, Normah Damanhuri dan ramai lagi. Filem Hanyut telahpun ditayangkan di Indonesia pada tahun 2014 termasuk beberapa tayangan perdananya di festival filem antarabangsa seperti Festival Filem Asia Tenggara di Singapura, Festival Filem Asia di Canberra, Festival Filem Asia Jogja-Netpac Ke-8 dan 7th Five Flavours Festival di Warsaw.
TAJUK : HANYUT
Klasifikasi : PG13
Tarikh Tayangan : 24 November 2016
Genre : Drama / Sejarah
Pengarah : U-Wei Haji Saari
Pelakon : Peter O'Brien, Adi Putra, Diana Danielle, Sofea Jane, Sabri Yunus, Bront Palarae, Alex Komang, Khalid Salleh, Normah Damanhuri
Terbitan : Tanah Licin Sdn Bhd
Trailer : https://youtu.be/Vbmos0tpzbA
SINOPSIS HANYUT
Berdasarkan novel Almayer`s Folly karya Joseph Conrad pada tahun 1895, filem epik ini menceritakan kisah Kasper Almayer (Peter O`Brien), seorang pedagang Belanda yang merantau dan hidup di Malaysia pada awal abad ke-19. Dia telah menghantar anak perempuannya berusia 10 tahun Nina ke Singapura untuk belajar sebagai orang Barat, bagaimanapun ia tidak disukai oleh ibunya Mem, yang merupakan penduduk tempatan berasal dari Betawi. Impiannya untuk mencari gunung emas yang dikatakan wujud dicabar oleh isterinya, pihak berkuasa penjajah, politik komplot oleh ketua tempatan, pedagang Arab, dan cinta anak perempuannya (Diana Danielle) terhadap putera Melayu pejuang kebebasan, Dain Maroola (Adi Putra).
gambar pelakon |
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon