Filem Hanyut lakonan Adi Putra dan Diana Danielle

Adi Putra Diana Danielle

Hanyut yang diadaptasi daripada novel Almayer�s Folly, hasil nukilan Joseph Conrad, antara lain mengisahkan seorang pedagang Belanda yang datang ke Malaya untuk membongkar mitos gunung emas. Ia penuh dengan drama serta aksi mendebarkan dengan latar kisah abad lampau.

Hanya perkataan lega dapat merumuskan perasaan Diana Danielle Danny Beeson ketika ini apabila filem epik yang sekian lama tertangguh tayangannya, Hanyut, akan muncul di pawagam tanah air mulai 24 November ini.

Sebelum ini, Hanyut lebih dulu ditayangkan di �bioskop� (pawagam) Indonesia pada 2014 dengan judul Gunung Emas Almayer. Hanyut yang berbajet RM18 juta, adalah karya U-Wei Hj Saari lakonan Peter O�Brien, Alex Komang, Adi Putra, Datin Sofia Jane, Bront Palarae dan Khalid Salleh.

�Lega, memang lega. Saya sangat teruja kerana penantian ini bakal berakhir. Bagi saya inilah filem paling mencabar dan ujian terhebat dalam kerjaya lakonan saya,� kata Diana, 24, kepada BLING!.

Sambung Diana lagi, dia bukan sahaja bertuah kerana dapat berlakon di bawah sutradara hebat yang pernah mendapat perhatian di Cannes tetapi mampu beraksi di samping ramai pelakon handalan Asia.

Video trailer.


�Umur saya baru 18 tahun ketika ditawarkan watak Nina dalam Hanyut. Saya terharu kerana dibimbing oleh U-Wei dan dilayan dengan penuh profesional oleh kru produksi.

�U-Wei sangat fokus dengan tugasnya, tegas dan cukup menyenangkan. Dia juga sangat mengambil berat semua aspek kreatif dalam karyanya. Dia sentiasa mahu setiap pelakonnya faham dengan mendalam setiap patah perkataan mahupun pergerakan tubuh,� jelasnya.

Antara persiapan awal yang dilakukan Diana untuk Hanyut adalah membuat kajian mengenai U-Wei sendiri dan menonton semua filem yang dihasilkan beliau bagi mendapatkan rentak serta mood lakonan.

�Tidak ada yang lebih mencabar daripada berlakon Hanyut. Rata-rata penggambaran filem tempatan lain selalunya memakan masa tempoh sebulan saja tapi penggambaran Hanyut hampir 3 bulan lamanya.

�Banyak juga babak dalam hutan. Saya masih ingat lagi ada satu lokasi hanya boleh masuk dengan berjalan. Ketika itu kami terpaksa menempuh hujan ribut. Saya terharu melihat komitmen kru yang sanggup mengangkat segala peralatan perfileman yang berat ke dalam hutan,� katanya.

Selain U-Wei, Diana juga gembira kerana dapat menimba pengalaman berharga di sisi Sofia.

�Terus terang, saya gementar sepanjang berlakon dengan Sofia. Bayangkan, pada hari pertama latihan, dia dah pun menghafal semua dialognya!

�Malah Sofia juga sudah membaca novel (Almayer�s Folly) yang menjadi sumber inspirasi utama kepada Hanyut,� kata Diana.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment