Nafi Disingkir Jadi Pengacara GV3
Nabil, 33, ketika dihubungi berkata, ini musim ketika dia menjadi pengacara program itu dan setakat ini dia tidak ada menerima apa-apa notis daripada Astro berhubung penyingkirannya itu.
Pelawak dan pengacara Gegar Vaganza 3 (GV3) Nabil Ahmad menafikan dia disingkirkan daripada mengacarakan program berkenaan berikutan cara dia mengacara dan berlawak dikatakan kasar dan lucah.
�Saya tak tahu daripada sumber mana mereka dengar cerita ini. Nampaknya mereka yang lebih tahu sedangkan saya tidak terima apa-apa notis daripada Astro. Jadi, saya ketawa saja apabila mendengarnya,� katanya.
Menurut Nabil, sejak mengambil tanggungjawab sebagai pengacara program itu, dia sudah lali dengan pelbagai kritikan serta cemuhan.
�Saya terima setiap komen. Yang baik saya jadikan panduan dan buruk dijadikan sempadan tetapi kadang-kadang kritikan itu membuatkan saya kecewa kerana agak melampau,� katanya.
Nabil berkata, setiap kritikan itu juga mengajarnya menjadi pengacara yang bagus.
�Mereka hanya berani mengkritik di alam maya tanpa menunjukkan wajah dan menggunakan nama samaran. Jika mereka betul-betul ikhlas mahu menegur saya, sila hantar mesej peribadi (private message) kepada saya,� katanya.
Dalam pada itu, Nabil turut mempertahankan tindakannya mengaitkan lagu Berpisah Jua yang dipersembahkan Elly Mazlein di konsert minggu kedua GV3, Ahad lalu dengan kisah peribadi penyanyi itu yang sudah bercerai.
�Elly tidak terasa apa-apa pun, tetapi peminat dia pula yang melebih-lebih. Elly juga menghubungi saya untuk meminta maaf bagi pihak mereka.
�Sebenarnya apa yang saya cakapkan ketika mengacarakan GV3 pada setiap minggu adalah benda sama yang saya katakan ketika kami berlatih sehari sebelum itu. Apa yang kami berlatih pada Sabtu, itulah yang keluar pada Ahad, jadi semua artis sudah tahu apa yang akan berlaku pada hari berlangsungnya konsert itu. Saya akan terus lakukan seperti apa yang diamanahkan selagi tiada halangan daripada produksi Astro,� katanya.
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon