Mahaguru Spontan di Istana Budaya
Mahaguru Spontan adalah sebuah program yang dibawakan oleh Comedy Planet dan Vision Works. Persembahan spontan berkenaan dikatakan 100 peratus bersifat interaktif yang julung kali diadakan di pentas berprestij itu.
Idea persembahan peserta di atas pentas pula akan ditentukan oleh penonton yang hadir. Selain Siti, Mahaguru Spontan akan dibintangi oleh Johan, Zizan, Datuk AC Mizal, Abam, Achey, Fad, Douglas Lim, Rashid Salleh dan Kuah Jenhan. Manakala Afdlin Shauki menjalankan peranan sebagai hos.
Acara itu akan diadakan pada dua sesi sehari iaitu jam 3 petang dan 8 malam.
Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tidak hanya memiliki bakat menyanyi dengan suara merdu, bahkan penonton kini dapat melihat aksinya membuat jenaka spontan di atas pentas.
Penyanyi tersohor negara itu mengakui perasaannya berdebar-debar kerana bakal menyertai acara Mahaguru Spontan yang akan diadakan secara langsung di panggung Istana Budaya pada 22 dan 23 Oktober ini.
Namun perkara itu dianggap bukan cabaran mudah bagi Siti kerana dia perlu berentap dengan beberapa pelawak tempatan yang lain.
Apatah lagi Siti juga merupakan satu-satunya peserta wanita yang terpilih membuat persembahan.
�Berdebar pula rasa di hati. Tapi sebenarnya tak sabar untuk bertarung dengan Mahaguru Spontan yang otai-otai (handal) ni.."
�Saya satu-satunya wakil wanita yang akan bertarung,� tulisnya di media sosial.
Selain berdebar-debar, Siti turut dihimpit perasaan bimbang sekiranya ada peserta lain mengambil kesempatan untuk �membulinya.� �Doakan saya agar tidak dibuli ye,� katanya.
Difahamkan, penyanyi yang popular dengan lagu Cindai itu bakal membuat aksi spontan 100 peratus dan berentap dengan peserta lain.
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon