Hisyam bukan berlakon untuk Astro sahaja
Hisyam, 31, sebaliknya berkata, dia hanya mengikat kontrak bersama stesen satelit berbayar itu untuk menguruskan karier seninya dan masih bebas untuk berlakon untuk mana-mana stesen televisyen.
Pelakon Hisyam Hamid menjelaskan dia bukan artis eksklusif Astro seperti disangka sesetengah pihak sehingga ada produksi enggan mengambilnya berlakon untuk projek bersama stesen televisyen lain.
Dalam perkembangan lain, Hisyam berkata, dia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri berjudul Andartu Bidadariku bersama Erra Fazira.
"Sejak bernaung bawah pengurusan Astro saya akui memang jarang mendapat tawaran daripada produksi yang menerbitkan drama untuk stesen swasta lain melainkan RTM.
"Ada orang menyangka saya wajah eksklusif Astro tetapi sebenarnya tidak kerana saya boleh berlakon di mana-mana stesen cuma mereka perlu berhubung dengan pihak pengurusan saya sahaja," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Hisyam berkata, pihak pengurusannya tidak pernah menghalang dia untuk berlakon menerusi projek untuk siaran stesen lain seperti mana tanggapan sesetengah pihak sebelum ini.
Malah kata Hisyam, dia sangat berpuas hati dengan agensinya itu dalam memastikan karier lakonannya terus cemerlang namun terpaksa akur dengan situasi dihadapi ketika ini.
"Pada awalnya saya berasa pelik juga tetapi saya terpaksa akur apabila stesen lain tidak mahu ambil saya berlakon.
"Saya yakin mereka ada sebab tersendiri dan tiada apa yang boleh saya lakukan untuk mengubah perkara itu," jelasnya. - MStar
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon