Drama terbaru Ruhainies


Dia kini sibuk di lokasi penggambaran drama Jejak Karmila yang turut dijayakan Mia Ahmad, Fauziah Nawi, Ogy Ahmad Daud dan Johan As�ari.

Katanya, drama itu berkisarkan kekeluargaan mengisahkan ibu yang mencari anak-anaknya selepas keluar dari penjara.

Jadual seninya terlalu padat sehingga April tahun hadapan. Dia banyak menolak tawaran kerana lebih awal terikat dengan komitmen lain.

Ruhainies akui timbul perasaan serba salah kerana menolak dan pihak produksi terbabit masih memohon agar dia dapat menyusun semula jadualnya dan menyelitkan mereka dalam projek barunya.

Ruhainies memulakan langkah dalam dunia lakonan sebagai pelakon pembantu dalam telefilem Sopeah Jin. Ketika itu tidak ramai yang memberi perhatian kepadanya.

Beberapa bulan selepas telefilem itu disiarkan, drama bersiri Hello, Mr Perfect mula bersiaran menerusi slot Akasia di TV3.

Dia berganding dengan Fattah Amin dan memegang watak Alya Adriana dan Nurul Ain.

Itulah permulaan Ruhainies yang mula menjadi sebutan dan dengan pantas pengikutnya di Instagram meningkat naik.

Adik kepada pelakon Risteena Munim itu mencipta nama dengan cara tersendiri dan dia dilihat lebih ke hadapan berbanding kakaknya.

Lebih setahun bergelar anak seni, dia sudah berlakon beberapa telefilem seperti Karlisa dan Pujaan Malaya serta drama Si Montel, Bagaikan Kelip-Kelip dan Menantu Ting Ting berganding dengan Azrel Ismail.

Sebelum bergelar pelakon, anak ketiga daripada lima beradik ini minat menonton filem Hindi.

Katanya, sejak kecil lagi dia sangat menyukai lakonan hero pujaannya, Shah Rukh Khan.

Bukan hanya kerana aktor itu mempunyai wajah yang kacak tetapi cara lakonannya juga sangat hebat.

�Kami satu keluarga semua kaki Hindustan. Saya paling suka Shah Rukh dan tidak pernah terlepas menonton filem lakonannya.

�Wanita mempunyai naluri mengenai perwatakan seorang lelaki itu. Melihat lakonannya, saya boleh agak dunia realiti pun dia mesti lelaki yang budiman.

�Paling mengagumkan, dia tidak pernah gagal melakonkan wataknya. Kalau dalam babak romantik, suaranya mampu membuatkan saya cair.

�Babak sedih pun saya akan turut sama menangis,� katanya.

Sebab minatnya kepada Shah Rukh, Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas selalu menontonnya berulang kali.

Katanya, kalau dia tahu ada filemnya disiarkan di televisyen, dia pasti tidak akan melepaskan saat itu.

Ketika filem Dilwale mula ditayangkan tahun lalu, dia antara orang terawal pergi ke panggung wayang bagi menonton sendiri kehebatan filem itu.

Dia sanggup mencuri masa untuk melihat Shah Rukh beraksi dalam filem itu.

Banyak filem yang ditontonnya malah ada beberapa filem Barat yang hebat tetapi ia belum cukup membuatkan dia ke panggung wayang.

�Tidak dinafikan ada banyak filem yang hebat dan bagus tetapi saya tengok sekali pun sudah cukup. Berlainan dengan Dilwale, saya sanggup menontonnya empat kali. Semuanya di panggung wayang. Barulah �feel� lebih sebab skrin besar.

�Walaupun ketika itu saya sibuk dengan penggambaran, ia tidak menjadi halangan. Saya tetap mencari masa sesuai untuk pergi menonton wayang. Ikutkan hati, saya mungkin akan pergi lebih daripada empat kali tetapi disebabkan kekangan masa, saya terpaksa lupakan,� katanya.

Antara filem yang menjadi kegemaran Ruhainies ialah Kabhi Khushi Kabhi Gham, Duplicate dan Mohabattein. Katanya, sepanjang tiga jam tayangan, semua emosi seperti sedih, marah dan cinta dapat disampaikan dengan baik.

Dulu kalau lihat saja majalah yang ada wajah Shah Rukh, pasti akan dibeli. Tapi kini dengan teknologi canggih, Ruhainies tidak perlu lagi membeli majalah mempunyai wajah Shah Rukh.

Dia hanya mencari gambar pelakon kacak kesayangannya di Internet kemudian �screenshot� untuk menjadi simpanan dalam telefon bimbitnya.

Itu antara kenangan manis Ruhainies untuk idola kesayangannya. Dia juga memasang impian untuk berjaya seperti Shah Rukh.

Bukan hanya diminati kerana lakonannya malah kehidupan peribadinya juga gembira bersama keluarga.

Ruhainies juga tidak mahu hanya bergelar pelakon tetapi turut bergiat aktif dalam bidang perniagaan. Dia memiliki jenama produk kecantikan sendiri, Ruhainies Rosy Secret.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment