Video Harith Iskander dipertandingan Funniest Person In The World
Bagi pusingan pertama, Harith memerlukan sokongan masyarakat tempatan untuk menekan 'like', 'follow' dan 'share' di laman sosial menerusi http://indi.com/7fzcm (link video).
Pelawak, pelakon dan pengacara Harith Iskander dipilih menyertai pertandingan komedi Funniest Person In The World anjuran Laugh Factory. Harith, 50, berkata beliau akan melalui pusingan pertama secara online, bermula 2 September hingga 2 Oktober depan sebelum dipilih ke peringkat akhir yang bakal berlangsung di Finland, Disember nanti.
Kata bapa kepada tiga cahaya mata itu, beliau akan bersaing bersama 86 pelawak lain dari 55 negara. "Pihak Laugh Factory menjemput saya menerusi e-mel bagi menyertai pertandingan ini, dengan menghantar sebuah video persembahan berbahasa Inggeris. "Selepas membuat kaji selidik mengenai syarikat itu, saya terus menghantar video persembahan terbaik saya.
"Hanya seorang wakil dari setiap negara akan mara ke pusingan akhir. Berdasarkan video peserta lain, saya yakin mampu bersaing dengan mereka untuk ke Finland," katanya ketika dihubungi BH Online. Sementara itu, Harith menyifatkan penyertaannya dalam pertandingan itu bukan hanya untuk diri sendiri, sebaliknya mahu mengharumkan nama negara menerusi bidang komedi.
Malah, Harith lebih menonjolkan persembahan komedi berkonsepkan budaya Malaysia untuk dikenali di seluruh dunia. "Menerusi pertandingan ini, juara berpeluang mengadakan persembahan jelajah di Amerika Syarikat. "Memang peluang itu diidam-idamkan oleh sesiapa saja dalam bidang ini, tetapi tujuan utama saya adalah untuk mengharumkan nama negara menerusi komedi budaya Malaysia," ujarnya.
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon