RTM akan menyiarkan sebuah telefilem berdasarkan kisah benar bertajuk 'Anak' yang menceritakan masalah sepasang suami isteri untuk mendapatkan seorang anak lalu mengambil alternatif dengan kaedah sains. Telefilem arahan sutradara Heykal Hanifah dilakonkan oleh Fizz Fairuz, Mia Ahmad, Faezah Elai, Sheila Mambo, dan Dato' Tamimi Siregar. Telefilem Anak akan menemui penonton pada 6 September ini, Selasa pukul 10.00 malam di TV2.
JUDUL : ANAK
TARIKH / MASA : Selasa, 6 September2016, 10.00 malam.
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
SKRIP : A Wahid Nasir
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Sophisticated Media Sdn Bhd
PELAKON : Fizz Fairuz, Mia Ahmad, Faezah Elai, Sheila Mambo, Dato Tamimi Siregar, Liya Banks
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
SKRIP : A Wahid Nasir
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Sophisticated Media Sdn Bhd
PELAKON : Fizz Fairuz, Mia Ahmad, Faezah Elai, Sheila Mambo, Dato Tamimi Siregar, Liya Banks
SINOPSIS TELEMOVIE ANAK
Mengisahkan sepasang suami isteri, Liya dan Arman yang masih lagi belum dikurniakan zuriat meskipun setelah tujuh tahun berkahwin. Keadaan ini dipandang negatif oleh saudara mara dan Haji Amir, bapa Arman.
Situasi bertambah tegang apabila bapa Arman sering mendesak dan memaksa anaknya berkahwin lagi supaya mendapat seorang cucu. Liya sedih dengan tindakan bapa mentuanya itu namun pada masa sama dia tidak berupaya untuk membantah. Mereka menjalani rawatan dan Arman didapati tidak beberapa subur selepas mereka membuat pemeriksaan perubatan. Pilihan mereka hanya dengan kaedah IVF atau persenyawaan secara sains untuk mendapatkan anak.
Haji Amir yang tidak percaya kepada kaedah sains dan terus membantah cadangan itu. Dia beranggapan tindakan anak dan menantunya itu hanya sia-sia dan tidak berkesan. Namun akhirnya Liya dan Amir berjaya melahirkan anak melalui kaedah IVF dan Haji Amir terkejut menerima perkhabaran tersebut. Adakah kehadiran si kecil berjaya mengubah pendirian Haji Amir?
GAMBAR PELAKON
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon