Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim 3 Palsu
"Astro ingin memaklumkan, laman Facebook yang menggunakan nama "Gegar Vaganza" tidak mewakili pihak penerbitan program realiti itu dan ia juga bukan laman rasmi kami," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
"Kami memohon kepada semua pihak untuk menantikan pengumuman rasmi, termasuklah senarai nama artis yang akan terbabit menjayakan musim ini, 5 Oktober depan.
Kecoh seketika laman sosial malam tadi apabila senarai penuh yang didakwa sebagai peserta Gegar Vaganza (GV) musim ketiga tersebar di alam maya. Lebih mengejutkan apabila senarai 12 penyanyi yang tersenarai itu sememangnya antara nama yang disebut-sebut sebagai peserta musim baharu program realiti popular berkenaan.
Justeru, apabila senarai berkenaan disiarkan, lebih-lebih lagi di laman Facebook 'GV', tentunya ia sesuatu yang mengejutkan kerana biasanya pengumuman peserta dilakukan dalam majlis sidang media khas.
Enggan terus berteka-teki, BH Online cuba mendapatkan penjelasan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, berhubung perkara berkenaan. Menjawab pertanyaan itu, Raqim menafikan senarai yang dikeluarkan itu datangnya daripada laman rasmi Facebook program realiti terbabit.
Ditanya apakah senarai disebarkan di laman sosial itu ialah senarai sebenar peserta GV3, Raqim meminta semua pihak menantikan pengumuman rasmi yang akan dilakukan dalam sidang media khas, minggu depan.
"Yang pasti, kami menjanjikan peminat dengan nama-nama hebat yang pernah popular pada satu ketika dulu," katanya lagi. Program realiti yang menyaksikan artis profesional beradu suara ini sudah pun menobatkan dua pemenang iaitu bekas vokalis kumpulan Ilusi, Ayai, sebagai juara musim pertama, manakala Siti Nordiana pula pemenang musim kedua. - BHarian
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon