Lagu latar Engkau Milikku ditarik balik


Lagu Engkau Milikku kini digunakan sebagai lagu latar drama bersiri Lara Aishah terbitan Global Station yang ditayangkan di saluran Astro Prima.

Penyanyi Datin Alyah sedih dan kecewa dengan tindakan syarikat produksi Global Station Sdn Bhd menggunakan lagu terbarunya berjudul Engkau Milikku tanpa kebenaran dalam drama bersiri terbitan mereka.

Alyah, 35, berkata, lagu itu adalah hak milik syarikatnya iaitu Like Music Entertainment Sdn Bhd dan mereka tidak boleh sewenang-wenang menggunakan lagu itu tanpa kebenarannya.

Pihak lain termasuk pengedar lagu itu juga tidak berhak memberi sebarang keizinan kepada mana-mana pihak penerbitan atau stesen TV.

"Sebelum ini walaupun banyak lagu diambil beberapa syarikat produksi tanpa kebenaran, tetapi saya tidak ambil kisah sangat.

??Bagaimanapun, ia berterusan dan saya tidak boleh duduk diam. Saya berasakan hasil kerja saya seperti dicuri. Mungkin disebabkan saya senyap membuatkan mereka beranggapan saya okay,� katanya.

Alyah berkata, dia mula bertegas apabila Engkau Milikku digunakan tanpa kebenaran kerana lagu itu sudah mendapat hak eksklusif Grand Briliance Sdn Bhd (GBSB) sebagai lagu tema filem terbaru terbitan mereka.

"Dalam perkara ini saya khuatir jika pihak GBSB menyaman saya kerana melanggar perjanjian. Jadi, sebelum mereka bertanya lebih lanjut berhubung perkara ini, lebih baik saya bertindak awal. Bukan nak saman, tetapi saya cuma memberi teguran secara profesional,?� katanya.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Global Station Sdn Bhd, Zetty Alia Ramli ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah menghantar emel permohonan maaf kepada penyanyi itu pagi tadi.

??Alyah ada menghubungi saya sendiri berhubung perkara ini. Memandangkan 20 episod drama itu sudah dihantar kepada stesen TV, jadi pihak kami tidak boleh berbuat apa-apa. Cuma apa saya boleh janjikan ialah dalam episod seterusnya tidak ada lagi lagu itu.

"Menerusi kiriman emel itu juga saya sudah memohon maaf di atas kesilapan kami kerana tidak peka yang mana lagu itu menjadi hak eksklusif pihak lain,?� katanya yang turut menjelaskan perkara itu berlaku akibat salah faham. - HMetro
Previous
Next Post »
Thanks for your comment