Falisha Crossley nikah tahun depan

Falisha

"Apatah lagi tahun ini genap usia saya 31 tahun. Jadi sudah tiba masanya saya melangkah ke fasa kehidupan yang baru. Insya Allah doakan yang terbaik buat saya dan pasangan," katanya.

Pelakon Falisha Crossley yang baru dinobatkan sebagai Pelakon Baru Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM 28), malam tadi bakal melangsungkan majlis perkahwinan dengan tunangnya yang dikenali sebagai Mohamad Rafiq pada awal tahun depan.

Falisha, 31, berkata, kesungguhan yang ditunjukkan jejaka itu menambahkan keyakinannya untuk mendirikan rumah tangga.

"Kami mula berkenalan pada tahun lalu menerusi kawan. Sejak itu kami mulai rapat. Baru-baru ini dia menyatakan hasratnya untuk mengahwini saya. Ketika itu saya memintanya untuk bertanyakan perkara itu kepada kedua ibu bapa saya.

"Dalam masa sama kedua ibu bapa saya memaklumkan mereka mengikut keputusan daripada saya. Jika saya berkata ya, mereka pun okay," katanya kepada Harian Metro.

Tidak mahu menunggu lama, Rafiq yang bertugas sebagai juru terbang di syarikat penerbangan tempatan terus menghantar rombongan merisik dan meminang.

Pasangan ini selamat disatukan dalam majlis pertunangan di kediaman Falisha di Kuching, Sarawak pada 27 Ogos lalu.

"Alhamdlulillah, segala yang dirancang berjalan lancar. Malah saya menganggap tahun ini sebagai tahun bertuah saya. Selain berjaya dalam kerjaya saya juga berasakan jodoh saya sudah sampai.

Pada malam FFM 28 yang berlangsung malam tadi, Falisha yang tercalon menerusi filem Mat Moto-Kami Bukan Mat Rempit menewaskan empat calon lain yang terdiri daripada Zara Zya (Rembat), Raja Ilya (Suamiku Perfect 10), Marianne Tan (Ola Bola) dan Risteena Munim (Girlfriend Kontrak).
Artikel ini disi
Previous
Next Post »
Thanks for your comment